“Dah cerita tapi mak tak percaya, bapa siap ugut sebar video” – Remaja dirogol bapa kandung, lagi sebulan nak bersalin

“Dah cerita tapi mak tak percaya, bapa siap ugut sebar video” – Remaja dirogol bapa kandung, lagi sebulan nak bersalin

 

Siapa sangka, sosok seorang lelaki bergelar bapa yang sepatutnya menjaga dan mendidik anak-anak ternayata merupakan individu yang telah merosakkan masa depan mereka.

Itulah yang berlaku apabila seorang bapa disyaki tergamak merogol anak kandungnya sehingga hamil.

Bapa rogol anak sampai hamil

Kisah tersebut diceritakan semula oleh seorang individu ini selepas menerima kiriman mesej daripada pengikutnya di media sosial.

Seorang gadis memberitahu buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadap adiknya yang kini hamil akibat perbuatan jijik bapa kandung mereka sendiri.

Dia (adik) cuba beritahu mak tapi mak tak percaya cakap ayah bergurau. Nak dijadikan cerita masa puasa hari itu, saya nampak perut dia besar macam orang mengandung.

Saya tanya dia bila last datang bulan, dia cakap tak tahu sebab tidak teratur. Saya tak puas hati, bawa pergi klinik beli UPT, naik double line.

Pada awalnya, si adik enggan memberitahu dirinya menjadi mangsa pemuas nafsu si bapa kerana tetapi akhirnya semuanya terbongkar.

Si adik memberitahu bapa mengugut mahu menyebarkan video tidak senonoh mereka sekiranya dia menceritakan perkara itu kepada orang lain.

Susulan daripada cerita yang diterima, lelaki ini sempat menasihat remaja berkenaan supaya membawa adiknya membuat laporan polis dan melakukan pemeriksaan kandungan.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa sebenarnya sedang hamil 34 minggu dan hanya berbaki satu bulan sahaja untuk melahirkan.

Difahamkan, bapa kandung dua beradik ini telah ditahan polis bagi membantu siasatan.