“Dah la kita seorang je perempuan” – Gadis menangis ditinggalkan ketika ride, rakan-rakan lelaki pecut dulu

Baru-baru ini, tular video di TikTok seorang wanita menangis kerana kecewa ditinggalkan kawan-kawan lelakinya ketika ride sebab lambat menunggang.
Dapat dilihat dalam video TikTok itu, wanita bernama Mekyaa teresak-esak menangis sambil menyifatkan rakan-rakan lelakinya tidak mempunyai sifat kasihan terhadapnya.
Lagi membuatkannya rasa kecewa, kerana Mekyaa satu-satunya wanita yang menyertai aktiviti menunggang motosikal itu.
@mekyaa_yaa0 Kakak viral jerik keno tinggal🙇🏻♀️😌,, xcayo hoh tgoklah kito post pulok
Dalam pada masa yang sama, Mekyaa turut meluahkan rasa menyesal kerana tiada seorang rider yang tampil untuk bertanggungjawab atas perkara yang sudah berlaku, malah meninggalkannya terkontang-kanting seorang diri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen persoalkan tindakan Mekyaa menyertai aktiviti berkenaan jika sudah mengetahui ia tidak sesuai untuk dirinya yang merupakan seorang saja wanita dalam kelompok tersebut.