“Dah lah rumah dia ko rampas, ko suruh dia bayarkan bil api pulak?”, pendedahan Ali Puteh undang makian wargamaya

“Dah lah rumah dia ko rampas, ko suruh dia bayarkan bil api pulak?”, pendedahan Ali Puteh undang makian wargamaya

Enggan mendiamkan diri, pelawak Ali Puteh tampil membuat siaran langsung di TikTok bersama dua pengamal perubatan Islam iaitu Tok Singa dan Shafiq Mujahid, pada Sabtu.

Mana ada orang di rumah
@rakyat_bulan

Kena skolah dh #fyp #foryou #foryourpage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – #rakyatbulan – #rakyatbulan

Menurut Ali, dia tidak berniat untuk memuat naik video yang mendakwa kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali meletak barang yang didakwa berunsur ‘syirik’ di rumah peninggalan arwah Abam Bocey.

Kata pelawak berumur 34 tahun itu, tindakan itu dibuat gara-gara Hidayah terlebih dahulu berkongsi rakaman berada di luar pagar rumah.

Saya tidak berniat nak muat naik video tersebut, pihak sana yang memulakan video fitnah itu dahulu di TikTok yang menyatakan tiada orang di rumah, duduk sejam depan rumah dan tidak diberi masuk.

Saya tidak duduk situ, adik saya yang duduk situ Tok. Belakang rumah Abam itu rumah kakak saya. Semalam hari Jumaat, orang tiada di rumah orang kerja.
Datang pula tak beritahu, kalau datang hari minggu tentu kami ada di rumah.
Dakwa Hidayah tak ambil peduli

Menjawab dakwaan Hidayah yang mengatakan rumah tersebut seperti tidak terjaga, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menegaskan dia menjaga sebaik mungkin dengan memotong rumput pada setiap bulan.

Selepas itu kata di TikTok rumah lusuh. Arwah Abam dah tiga tahun meninggal. Kalau rumah itu tidak berjaga dah tutup sawang satu rumah.

Rumput di situ kami potong tiap-tiap bulan. Ada dia tanya bil api ke bil air sepanjang tiga tahun kita jagakan rumah ini.

Tapi bila dia buat video TikTok macam itu, orang datang memaki dan membenci saya. Saya tak tahu apa-apa.

Dalam pada itu, Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2021 tidak mengharapkan netizen menyebelahinya kerana Allah SWT nampak segala yang berlaku.

Saya tak harap netizen berada di sebelah saya. Saya cukup Allah saja nampak.

Pada Jumaat lalu, Hidayah meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran dirinya bersama keluarga dan peguam ke rumah arwah di Gombak, Selangor, tidak disambut baik.

Cerita Hidayah, dia tersidai di luar kerana tidak ada sesiapa pun yang membuka pintu rumah.

Selepas Hidayah pulang, Ali mendakwa kakak iparnya itu meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung dipercayai untuk upacara ritual tertentu