“Dah macam Power Rangers” – Penampilan Aliff Syukri dikritik, pakai baju Melayu ketat ikut bentuk badan

“Dah macam Power Rangers” – Penampilan Aliff Syukri dikritik, pakai baju Melayu ketat ikut bentuk badan

Nama usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri pasti akan menjadi sebutan dalam kalangan warganet lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan setiap tahu.

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana Aliff seperti sedang menjalani rakaman muzik video lagu raya terbaharunya, Cak Cun Cak Raya yang akan diperdengarkan kepada umum tidak lama lagi.

Dalam perkongsian tersebut, Aliff bersama penari latarnya turut mengenakan baju melayu yang ketat sehingga mengikut bentuk badan mereka.

Biarpun lagu tersebut masih belum dikeluarkan secara rasmi, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons dalam kalangan peminat menerusi ruangan komen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, usahawan itu juga turut berkongsi video yang sama sambil diiringi kapsyen yang menyatakan dirinya penyanyi nombor satu negara.

“Beri laluan lagu raya No.1 trending 4 tahun berturut.. Cak cun cak raya..

“Semoga dengan lagu raya ini memberi sinar kebahagiaan kepada anda semua untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.. dari artis No.1 Malaysia,” tulisnya.