Dah nak dekat cuti sekolah ni, mesti ramai tak sabar nak pergi bercuti kan? Ini 7 tempat percutian murah dan menarik untuk dikunjungi

Dah nak dekat cuti sekolah ni, mesti ramai tak sabar nak pergi bercuti kan? Ini 7 tempat percutian murah dan menarik untuk dikunjungi

 

Dah nak dekat cuti sekolah ni, mesti ramai tak sabar nak pergi bercuti kan? Lagi-lagi kalau yang dah bekerja tu, mesti nak pulun habis cuti tahunan masing-masing.

Bagi korang yang tak tahu nak travel mana tu, jangan risau sebab artikel kali ni, min nak cerita tentang tempat-tempat murah tapi menarik yang korang boleh pergi cuti nanti.

1. Pantai Sasaran, Kuala Selangor

Banyak-banyak tempat yang best, mesti pantai yang menjadi pilihan orang ramai untuk bercuti. Oleh itu, apa kata korang pergi ke Pantai Sasaran atau Sky Mirror ni yang keistimewaannya tak ada dekat tempat lain.

Di sini, korang boleh tangkap gambar cantik-cantik kerana pantainya memantulkan imej seakan cermin yang memang jelas habis! Untuk bajet pula, korang boleh berbelanja bawah RM1000 yang merangkumi kos pengangkutan, penginapan dan lain-lain bergantung pada jumlah orang dan hari bercuti.

Pada masa yang sama, korang boleh juga lawat Muzium Sejarah Kuala Selangor dan Rumah Api Altingsburg yang jaraknya lebih kurang 15km je dari pantai ini.

2. Earth Lodge, Ulu Muda

Bagi korang yang minat aktivit lasak dalam suasana alam sekitar yang hijau dan segar, korang boleh pergi ke sini. Ia merupakan sebuah hutan hujan tropika seluas 160 ribu hektar yang dipenuhi dengan haiwan unik dan menarik.

Di samping itu, korang boleh juga cuba beberapa aktiviti seperti menjelajah hutan dan menaiki bot sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Untuk tawaran pakej yang disediakan, ia hanya berada sekitar RM1300 hingga RM2200 satu orang bergantung pada pakej yang korang ambil.

3. Colmar Tropicale, Berjaya Hills

Sebenarnya, korang tak perlu pun melancong ke luar negara kalau nak rasai pengalaman bercuti yang best. Dekat tempat di Pahang ni pun, korang dah boleh feeling-feeling bercuti overseas tau!

Mana taknya, di sini terdapat Japanese Village, restoran ala Perancis dan bermacam lagi yang korang boleh cuba dalam satu tempat je. Tak cukup dengan tu, aktiviti paintball dan memanah juga disediakan.

Di sini, kosnya agak banyak bagi korang yang menetap di hotel berhampiran. Namun begitu, ia masih boleh jadi destinasi murah dan menarik jika korang bijak dalam berbelanja.

4. Hounon Ridge Farmstay & Camping, Ranau

Tengok gambar pun dah memukau! Farmstay yang lengkap dengan pemandangan Gunung Kinabalu ni memang sesuai untuk korang yang nak pergi healing dengan suasana redup dan sejuk di kawasan tinggi.

Bukan tu je, ia juga menampilkan tarikan yang lain seperti Desa Dairy Farm, Taman Kinabalu dan Arnab Village. Bagi korang yang minat hiking, korang boleh je pergi daki gunung tu dari sini.

Untuk kos pengangkutan, tiket penerbangan berharga dalam RM330 manakala kos penginapan menggunakan Airbnb adalah sebanyak RM50 satu malam. Namun, kalau korang nak jimat kos, korang boleh je pasang khemah dan camping di sini.

5. Pulau Sembilan, Bagan Datuk

Pulau ni merupakan salah satu tempat percutian terunik dekat Malaysia tau! Sebabnya, ia mempunyai satu fenomena menarik iaitu ‘Blue Tears‘ yang menarik berpunca daripada alga dan plankton laut.

Selain itu, ia juga menawarkan beberapa tarikan lain seperti Frenzy Waterpark, aktiviti karaoke dan snorkeling.

Walaupun begitu, Pulau Sembilan masih belum dibuka untuk pelancong kerana aktiviti pemuliharaan sedang giat dilakukan. Secara keseluruhannya, ia hanya mengambil kos kurang daripada RM1000 untuk satu keluarga.

6. Resort Memancing Hulu Langat

Siapa yang kaki pancing tu, korang wajib datang sini! Sebabnya, ia merupakan tempat terbaik untuk aktiviti memancing di Selangor tau! Yang best-nya, di sini ada chalet berdekatan kolam memancing yang korang boleh sewa.

Kalau korang tak ada peralatan memancing, korang boleh je sewa atau beli di kedai yang disediakan. Paling penting, kosnya pun murah! Dengan harga serendah RM232, korang boleh rasai pengalaman memancing yang seronok selama satu hari.

7. Air Terjun Kanching, Rawang

Nak bermandi-manda sambil menikmati keindahan alam sekitar? Datanglah ke Air Terjun Kanching ini yang terletak di hutan simpan seluas 500 ribu hektar di Rawang. Di sini pun, banyak aktiviti menarik korang boleh cuba seperti mendaki, berkelah dan meredah hutan.

Yang menariknya, ia bukan ada satu je kawasan air terjun tapi, sebanyak tujuh air terjun cantik-cantik yang korang boleh pilih.

Untuk hari biasa, tiket masuk adalah sebanyak RM2 seorang manakala weekend pula berjumlah RM3. Ia juga menyediakan gazebo yang boleh disewa dengan harga RM250. Untuk parking pula, ia bermula dari RM5 hingga RM15 bergantung pada jenis kenderaan.