“Dah tepek sleeping mask” – Intan Najuwa gigih ke dapur, suami request ayam masak kicap 12 malam

“Dah tepek sleeping mask” – Intan Najuwa gigih ke dapur, suami request ayam masak kicap 12 malam

Semenjak bergelar seorang isteri ini, pelakon jelita Datin Intan Najuwa terus menerus mendapat perhatian ramai oleh netizen di media sosial. Terbaharu, beliau telah berkongsi video masak, iaitu ayam masak kicap untuk suaminya pada waktu12 malam.

“Kita dah tepek sleeping mask kat muka, tiba-tiba dia request ayam masak kicap”

Menerusi video tersebut, Datin Intan menyediakan makanan dan menulis kapsyen bahawa dia sudah memakai sleeping mask untuk tidur, namun terpaksa memasak kerana suaminya lapar. Menurutnya beliau memasak lauk ayam masak kicap pada 12 tengah malam dan telah menjadi bualan ramai peminatnya. Intan juga seperti orang yang sangat mahir dalam memasak.

Sudahla cantik, pandai masak pula tu

Meskipun sudah bersiap untuk tidur, namun beliau tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri untuk melayani suami. Dalam video tersebut, Intan juga menunjukkan kepakarannya menghidangkan lauk yang dimasak. Di samping itu, Intan turut menyediakan nasi dan menyediakan air minuman buat suaminya.

 

@intannajuwaaa

Hmm lelaki mmg camni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tetibe dia request ayam masak kicap kul 12am 😅🥲

♬ original sound – Intannajuwa – Intannajuwa

Perangai suami yang lapar setiap malam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berkongsi pengalaman mereka ketika dalam alam perkahwinan. Ada juga yang mengakui sebahagian suami mereka sentiasa lapar apabila waktu malam. Namun, mereka hanya memutuskan untuk masak makanan ringan sahaja.