Dakwa Kedah tarik pelaburan RM68 bilion, Ketua Pemuda Pas Kedah jadi bahan ketawa

Dakwa Kedah tarik pelaburan RM68 bilion, Ketua Pemuda Pas Kedah jadi bahan ketawa

Ada yg bertanya betul ke angka pelaburan yg masuk ke kedah sebesar 68bilion? Angka itu disebut oleh Nurul Amin Hamid. Sy jengok fb beliau memang ada dalam postingnya. Dibaca profail .. Nurul Amin ini ketua pemuda pas kedah. Tidak pasti ada jawatan dlm kerajaan ke tidak.

Sumber resmi yg sering dirujuk jika berkait pelaburan ialah MIDA. Ini perkara asas utk siapa shj yg ingin tahu ttg info pelaburan.

Pelaburan asing, pelaburan domestik, pelaburan mengikut sektor – pembuatan, perkhidmatan dll. Jumlah projek dan peluang kerja yg diujudkan. Prestasi pelaburan mengikut negeri pun ada. Pendek kata info di hujung jari.

Berbalik kpd 68bilion yg ditulis oleh Nurul Amin, sy masuk semak laporan MIDA 2021.
Prestasi pelaburan Msia utk 2020 jumlahnya 164bilion. 5 negeri tertinggi menarik pelaburan ialah Selangor, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Selangor mencatat 38.7bilion dan Pulau Pinang 16bilion. Kedah tidak tercatat 5 negeri teratas. Apalagi 68bilion !

#staysafe