Dakwa kekasih Syafiq bawa 10 ekor kucing, Shila Amzah terkejut kucing dalam banglo ada sampai 50 ekor

Dakwa kekasih Syafiq bawa 10 ekor kucing, Shila Amzah terkejut kucing dalam banglo ada sampai 50 ekor

Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia sudah memaklumkan kepada ibunya iaitu Fauziah Sarman untuk tidak membawa semua kucing peliharaan mereka ke rumah baharu.

Dari 20 jadi 50 ekor?

Shila Amzah

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, dia memberitahu ibunya agar membawa beberapa ekor sahaja haiwan tersebut.

Kucing bertambah-tambah. Last time saya tahu yang kucing ada 20 ekor saja. Cuba bayangkan kucing sekarang ada berapa banyak. Saya dah cakap dengan mak untuk selesaikan benda itu.

Saya rasa dalam lebih setahun yang lalu, saya nak jual rumah, jadi mana kucing kesayangan, bawa la dalam empat ekor ke yang kucing memang favourite. Yang lain itu bagi la orang lain jaga. Kalau 20 ekor, memang boleh uruskan.

Shila memaklumkan mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok pada Khamis.

Dalam pada itu, Shila yang kini tidak menetap bersama ibu dan adik beradiknya akui terkejut apabila mengetahui kucing peliharaan di rumah banglo keluarganya di Hulu Langat sudah bertambah sebanyak 50 ekor.

Menurut Shila, dia difahamkan kucing bertambah disebabkan individu yang bukan ahli keluarganya membawa sekali 10 ekor haiwan tersebut masuk ke rumah itu.

Tapi tiba-tiba hari itu kata ada 50 ekor, mana la saya tahu, saya tak duduk situ. Tapi yang saya dengar, rupanya dia bawa 10 ekor kucing dia.

Jadi kucing dia bawa ke situ, makanya bertambah-tambah, selagi ada kucing di dunia ini, dia bawa balik.

Terdahulu, Shila meminta seorang wanita yang dikenali sebagai Eiza untuk keluar daripada banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Shila menerusi kenyataan di akaun Insta Story miliknya memaklumkan memberi tempoh kepada wanita berkenaan yang dipercayai teman wanita adiknya, Shafik sehingga Jumaat untuk beredar dari rumah tersebut.

Video

@mrsmama1985

alkisahnye..hidup kl. menumpangkan paling lama sminggu je..#fypシ #foryoupage #trending #fyp #shilaamzahxubai #shilaamzah #viral #memalukan

♬ original sound – Mrs.mama