Dakwa pembangkang tiada idea baru, peguam ini beri jawapan ‘win’ kepada Wan Saiful

Dakwa pembangkang tiada idea baru, peguam ini beri jawapan ‘win’ kepada Wan Saiful

Aku sebenarnya kesian dgn Wan Saiful ni.

Beliau bersungguh-sungguh cuba untuk menjadi IDEA(S) dalam PN tetapi malangnya tidak berjaya.

Sebenarnya memang PN berjaya pun. Banyak kejayaan dan peningkatan yang PN telah lakukan, iaitu:-

1. Meningkatkan kes harian Covid-19 kepada 17 ribu kes;

2. Meningkatkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 kepada 1,044,071 juta kes;

3. Meningkatkan jumlah kes aktif Covid-19 kepada 170,224 kes;

4. Meningkatkan kes ICU sebanyak 1,023 kes;

5. Meningkatkan jumlah angka kematian ke 8,408 orang;

6. Fasiliti hospital semakin tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit Covid-19 yang semakin bertambah;

7. Katil-katil ICU semakin tidak mencukupi untuk menampung pesakit Covid-19 yang kritikal;

8. Kes bunuh diri meningkat lebih seribu orang dalam masa setahun dari kalangan orang Melayu, Cina, India, tua dan muda;

9. Sebanyak 580 ribu peniaga kecil dijangka gagal dan tutup kedai;

10. Lebih 7 juta rakyat dijangka menganggur Oktober ini;

11. Masalah 23 ribu doktor kontrak gagal diselesaikan;

12. Jumlah gelandangan bertambah dan yang miskin semakin bertambah miskin;

13. Bursa Malaysia jatuh;

14. Jumlah FDI menurun berbilion-bilion dengan mendadak;

15. Ekonomi melemah;

16. Harga barang dapur dan makanan naik;

17. Pendidikan anak-anak tidak “settled”;

18. Pelaksanaan PKP demi PKP yang ternyata gagal;

19. Pelaksanaan Darurat yang sia-sia dan gagal;

20. Fungsi Parlimen disekat;

21. Pelanggaran terhadap Perlembagaan;

22. Penderhakaan terhadap Institusi Diraja;

23. Politik dalaman Bersatu, PAS dan Umno yang caca merba;

24. Malaysia hampir termasuk dalam kategori “a failed state”;

Inilah laporan prestasi yang dibanggakan oleh PN yang Wan Saiful bangga-banggakan sangat.

Janganlah sombong. Akuilah kegagalan. Bukankah itu lebih baik?

#kerajaangagal