Dakwa pemilik hotel di Saudi main harga, pempengaruh bidas kenyataan ikut sedap mulut ustaz selebriti

Dakwa pemilik hotel di Saudi main harga, pempengaruh bidas kenyataan ikut sedap mulut ustaz selebriti

Kecoh sehari dua ini dengan luahan marah seorang ustaz selebriti mengenai sikap segelintir pengurusan hotel di Arab Saudi yang didakwa membatalkan tempahan yang dilakukan jemaah umrah bagi memberi ruang kepada pihak yang menawarkan harga lebih lumayan dan tinggi.

Kenyataan yang dibuat Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim ini telah dilaporkan akhbar Sinar Harian semalam.

Tangkap layar berita Sknar Harian semalam.

Malah lebih teruk lagi katanya, ada di antara mereka mengubah perjanjian dan menukarkan ke hotel lain meskipun jemaah umrah telah tiba.

Persoalannya, betulkah begitu keadaannya seperti yang diluahkan ustaz tersebut? Bagi mendapatkan jawapannya, tampil seorang pempengaruh sosial media, Afiz Ayub yang banyak terlibat dengan program membawa jemaah tanah air menunaikan umrah pada kadar harga yang paling minimum.

Dalam hantaran FBnya yang dimuat naik 2 jam yang lepas, Afiz tampil menjawab dakwaan ustaz selebriti tersebut yang dianggapnya agak mengelirukan.

Hotel di Tanah Haram… betul ke naik harga melampau?

Jawapan saya iya betul tapi masih ada tapi.

Tapi apa.. kenaikan hotel ini telah di beritahu awal awal lagi kepada wakil ground di saudi. Ini bermakna pihak TA dah maklum awal kenaikan harga bilik hotel di sana.

Sebagai contoh, pada meeting saya bersama syarikat pengendali bilik saya di Mekkah & Madinah, mereka telah maklum berbulan awal jika last minit booking atau booking tanpa bayaran akan naik mendadak lebih dari 2 kali ganda dari harga asal. Kenaikan ini asbab dari kenaikan economy dunia. Bukan arab sahaja. Jadi kami sedia maklum dan bagi yang extra booking saya, saya akan letakkan pada kadar harga yang telah di tetapkan. Sehingga sekrang harga yang saya letak tiada langsung kenaikan walaupun 1 sen. Harga 5499 dahulu masih ada yang terbang sehingga bulan 3. Tapi jangan tanya lagi semua dah sold out.

Adalah arab tu tipu. Rakyat arab saudi tak tipu lagi lagi yang kaya. Mereka hanya ada ego yang tinggi. U pay u take atau u got money u buy. kalau jenis orang malaysia ini banyak niaga guna air liur dari duit. Sebab tu banyak gagal. Jadi tiada la bilik dan sebagainya. ade yang tak jujur dalam kotrak sebab itu arab malas layan. Orang arab ni satu benda kecil kita buat dia marah, babai la nak deal lagi. letak la banyak mana sekalipun deposit, jika kita takde amanah dan hormat, hari ni juga mereka suruh ambil balik duit. Dorang ni kaya bukan jenis nak duit kita. Tak niaga dgn malaysia pun takpe sebab banyak lagi negara lain yang datang.

Jadi pembelian dan booking hotel ini ada berapa category

1. Pajakan 1. Contoh hotel Hilton. Mana mana syarikat operator hotel contoh dari mesir, Bangladesh, pakistan dan lain lain negara akan membuat pajakan first layer. Apa tu first layar, pajakan terus bilik dari pihak syarikat hotel atau owner hotel. Bukan pajakan kosong, operator hotel ini harus bayar terus kepada mereka dengan kadar pajakan yang tinggi. Lebih dari 10 juta sar setahun. Jika bilik mereka tak terjual, mereka boleh jual pada direct hotel.

2. Pajakan 2. Direct hotel. Seperti maklum direct hotel online akan jadi mahal. Hotel tetap akan uruskan hotel mereka cuma berbeza mereka ada wakil jualan. Harga takde nego nego seperti pajakan 1. U want u take. Takde cari hotel lain. bagi yang free hassle banyak deal dengan direct hotel.

3. Pajakan 3. Pajakan berlayer bermaksud TA pajak kepadakan wakil operator (pajakan 1). Jadi harga akan jadi berlayer. Jika kita baik dgn syarikat ini dan tak menipu mereka bab bayaran, dorang punya sayang kita sampai setiap hari nak belanja makan. Mereka ni boleh kene saman dengan hotel kalau mereka tipu sebab mereka ada contract bersama hotel. Jadi pada setiap bulan ada harga yang sangat berbeza. Di sini terjadinya deal dengan mereka, TA lambat bayar atau TA leceh, mereka akan jual bilik yang dah di booking. sama lah jenis saya, jenis leceh leceh ni malas nak layan. Tanya bagai nak rak, nak masuk duit kita pula mengemis.

4. Pajakan 4. Pajak kat orang malaysia. Memang kene kencing je la atas bawah. Sebab orang malaysia ini panjang akal. Banyak berjanji dan suka tinggal janji. Bab menyailang tu no 1 la. Sebab tu tak ramai TA bersatu hati nak kekal bersama. Asik nak putar alam. Kalau lah bersatu, percayalah di bukit bukit yang banyak di sekitar haram tu pasti ade lukisan bendera malaysia. 😝. Ini kita tengok bendera pakistan dan indo je banyak.

Tapi sepanjang berniaga di sana, jemaah saya masih kekal duduk di sekitar masjid sebab saya tak deal dengan orang malaysia. Orang Arab yang jaga kita sangat sayang sebab kita kata A kita buat A tidak menjadi selain A. Kita hormat mereka kita bayar ontime dan tidak berutang. Jika ada kesalahan atau rugi dah bayar tak dapat apa yang nak, sentiasa ada penambah baikan di kemudian hari. Kita tak
Minta refund sebab mereka handle berjuta orang. Bukan kita sahaja.

Macam saya, dalam niaga saya kasar sikit. Sebab saya jenis tak mengampu dan ikutkan iya iya jemaah atau pelanggan. Sebab nanti akan susah di kemudian hari. Kalau leceh, saya minta je cancel awal awal supaya tak ganggu ibadah mereka dan jemaah lain. Hari pertama dah leceh, sampai balik dialah paling leceh. Banyak yang nak bercuti dari ibadah 💆💆

Nak niaga di tanah haram ni mmg banyak rezeki. Jual sejadah pun boleh jadi jutawan. Cuma yang kaki amik duit orang je kaya di neraka kelak. Tapi apa apa pun nak niaga kenalah ada capital. Tiada capital kena lah bersatu hati bercampur orang. Takde lagi doa dan bantu uruskan urusan dunia Allah. Pasti Allah tolong kita kelak.

Ok bye nak layan kes covid.

#doitforAllah

Malah Afiz sempat menyindir ustaz selebriti tersebut dalam satu hantaran lain dibuatnya sebelum itu.

Tangkap layar hantaran FB Afiz Ayub