Dakwa terima RM46 juta wang 1MDB, bank disoal tak sekat akaun Najib seperti dihadapi orang lain

Dakwa terima RM46 juta wang 1MDB, bank disoal tak sekat akaun Najib seperti dihadapi orang lain

Seorang pengguna media sosial hari ini ‘mengamuk’ selepas berdepan masalah tidak masuk akal dikenakan sebuah bank terhadap sahabatnya..

Menurut pemilik akaun FB bernama Mohammad Najmi, dia telah memuat naik kisah sedih dialami seorang sahabatnya itu selepas ditimpa musibah baru-baru ini.

Tulisnya…

Cimbeng oh Cimbeng 😡😡😡

Dapat maklumat dari seorang sahabat yang kesempitan wang akibat sikap pengurus / penolong pengurus cawangan Cimbeng KLCC

Akaun kena beku (Freeze) sebab ada transaksi besar yang telah dimasukkan oleh peguam (duit Faraid)
– Masuk petang Jumaat beberapa minggu lepas, Isnin baru kena beku. Buktinya, beliau masih boleh mengeluarkan sejumlah wang pada hari Sabtu.

– Selasa pagi pergi isi dokumen berkaitan di Cimbeng KLCC dan Penolong Pengurus berkata 3 hari bekerja akan diluluskan setelah semua dokumen lengkap. Rakan sebenarnya telah mengemukakan dokumen AMLA yang mengatakan tiada wang haram yang masuk ke akaunnya. Beliau membuat keputusan untuk balik kerana pengurus tiada dan petang baru pengurus itu ada di cawangan

– …………. (Tiada sebarang maklumbalas dari bank)

– Pada masa ini, rakan telah diserang sakit dan hanya mampu di katil. Nak makan pun kena pinjam RM.

– Semalam pergi semula setelah 3 minggu. Lagi kena tunggu 3 hari katanya.

Betul! 3 hari tu tidak lama.
Tetapi 3 hari lagi selepas 3 minggu dengan keadaan bedridden dan keputusan wang untuk makan pakai ahli keluarga, agak-agak..??

Ingat! Doa orang zalim ni makbulnya mudah ya!

Difahamkan rakan tersebut akan mengambil tindakan undang-undang. Doalah bagi dia lembut hati dari mengambil tindakan undang-undang ya.

#CimbengKLCC

Sementara itu, netizen turut mempertikaikan layanan yang diterima rakyat susah berbanding layanan istimewa diterima bakal banduan, Najib Razak ketika berdepan kejadian serupa.

Menurut laporan MalaysiaNow hari ini, Mahkamah Tinggi telah diberitahu lebih RM45.8 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi AmBank Najib Razak melalui Vista Equity International Partners Ltd (Barbados) antara Oktober dan Disember 2014.

Memetik laporan portal MalaysiaNow, Naib Presiden Jabatan Operasi Perbendaharaan Ambank (M) Berhad, Salmah Daman Huri, 50, melalui keterangan saksinya, berkata dana berjumlah £8,706,021.92 (RM45,837,485.70) dipindahkan ke akaun bekas perdana menteri yang berakhir dengan angka 880 dalam lima transaksi.

Vista Equity ialah syarikat yang dimiliki dan dikawal oleh Eric Tan yang merupakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Sejumlah RM30,032,250 dipindahkan pada 23 Oktober 2014, dan RM3,624,473.70 dan RM11,567.57 masing-masing pada 24 dan 26 November.

“Dua transaksi lain berjumlah o 18 Disember,” kata saksi pendakwaan ke-23 tersebut semasa perbicaraan bekas perdana menteri itu dalam kes penyelewengan dana RM2.3 bilion dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Salmah turut mengesahkan lima dokumen yang menunjukkan transaksi pemindahan dari Vista Equity melalui Amicorp Bank dan Trust Ltd, Barbados dan Standard Chartered Bank, London sebelum masuk ke akaun “AmPrivate Banking-1MY” yang berakhir dengan angka 880.

Pada hari pertama perbicaraan, pihak pendakwaan berkata ia akan menunjukkan bagaimana dana 1MDB dipindahkan melalui beberapa traksaksi ke dalam akaun Najib, di mana sebanyak AS$20 juta (RM60,629,839.43) daripada fasa pertama; AS$30 juta (RM90,899,927.28) pada fasa kedua; AS$681 juta (RM2,081,476,926) atau lebih RM2 bilion pada fasa ketiga; selain transaksi dalam pound sterling Britain bersamaan RM4,093,500 dan RM45,837,485.70 atau jumlah terkumpul sebanyak RM49,930,985.70 atau lebih RM49 juta pada fasa keempat.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Salmah mengakui tiada amaran dikeluarkan oleh Bank Negara atau AmBank ketika transaksi tersebut dilakukan.

Salmah turut menambah beliau tidak menyedari akaun yang berakhir dengan angka 880 itu adalah milik Najib pada waktu itu dan hanya mengetahuinya ketika siasatan dijalankan.

Salmah turut memberikan keterangan bahawa beliau tidak dapat mengesahkan transaksi mata wang asing itu adalah dari Najib kerana jabatannya hanya berurusan dengan pengurus hubungan pemegang akaun dalam transaksi tersebut.

Ketika ditanya sekali lagi oleh timbalan pendakwa raya kanan Gopal Sri Ram, Salmah berkata biasanya bank akan menghantar penyata bank kepada pelanggan pada akhir bulan bagi menunjukkan jumlah baki dalam akaun mereka.

Salmah turut berkata Najib tidak pernah membangkitkan sebarang laporan mengenai transaksi tersebut kepada pihak bank ketika ditanya seorang lagi timbalan pendakwa raya, Najwa Bistamam.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah sebanyak RM2.3 billion dari dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.