Dakwa Yahudi menetap di Israel sebelum kedatangan Islam, Faizal Tahir tempelak Siti Kasim

Dakwa Yahudi menetap di Israel sebelum kedatangan Islam, Faizal Tahir tempelak Siti Kasim

 

Menerusi laman sosial Twitter, penyanyi yang sememangnya dikenali begitu lantang bersuara tentang isu Palestin, Faizal Tahir menyelar peguam terkenal.

Berdasarkan hantaran dimuat naik Faizal, dia telah mempersoal kenyataan Siti Kasim berhubung isu Israel di mana dia berkata Yahudi sudah menduduki negara tersebut sebelum agama Islam wujud.

Dek kerana kenyataan panas tersebut, Faizal Tahir menyelar Siti Kasim dan mempersoal tentang kejahilan peguam yang sering mencipta kontroversi itu kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Apakah level kebodohan dan kejahilan ini? Apakah level menjilat ini?

Sudah tentu, kenyataan Siti Kasim itu meraih perhatian dan mengundang banyak kecaman daripada warganet memandangkan isu Israel-Palestin ini sangat sensitif.