Dakwaan pelakon drama jual vape ganja, kekasih tampil jelaskan semua itu fitnah & gosip!
Semalam, kecoh di media sosial mengenai seorang pelakon drama, Said Muhammad Ismail Said Pakir, 29, bersama tiga lagi rakan bakal berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Januari lalu.
Ia atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis atau ganja di sebuah kedai rokok elektronik (vape) sepertimana dibacakan di hadapan sebutan kes di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Instagram Said Ismail diserang warganet
Susulan itu, warganet mula ‘berkampung’ di laman Instagram milik pelakon drama Hati Tanpa Rasa dengan mengatakan mereka datang dari masa depan, selain tidak sabar menanti kenyataan daripada Said Ismail sendiri.
Fitnah reka cerita palsu
Sementara itu, seorang wanita dipercayai kekasih kepada Said meluahkan rasa kesal dengan dakwan yang dilemparkan oleh rakan-rakan media berhubung berita tersebut di media sosial.
Ujarnya, sudah menjadi kebiasaan buat media mecetuskan ‘cerita’ palsu dan gosip yang tidak benar.
“Dasyatnya media zaman sekarang. Fitnah, tuduh menuduh, create cerita palsu dan gosip adalah satu kebiasaan,”tulisnya dalam hantaran Insta Story.
Hanya orang terdekat tahu kebenaran…
Hantaran berikut, dia yang dikenali Bibi Diyana mengatakan biarlah orang luar termasuk media mahu berkata apa-apa sahaja mengenai Said.
Jelasnya, hanya orang terdekat dengan aktor berkenaan yang juga seorang model lebih mengetahui kisah sebenar berbanding pihak tidak berkenaan.
“Orang boleh cakap apa sahaja, media pun boleh buat cerita apa sahaja. Biarlah orang terdekat sahaja tahu kebenaran,”luahnya lagi.
Dalam pada itu, wanita berkenaan menitipkan doa agar Allah SWT memakbulkam doa yang teraniaya daripada taburan fitnah.
Terdahulu, portal melaporkan pelakon drama berkenaan bersama tiga lagi rakannya didakwa dengan niat bersama mengedar dadah berbahaya jenis kanabis dengan anggaran berat 494 gram, di sebuah premis di Taman Oug Parklane Off Jalan Klang Lama di sini, pada jam 9.45 malam, 3 Januari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan di baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan, hendaklah dijatuhi hukuman mati atau tidak kurang sembilan sebatan dan penjara seumur hidup.