Dakwaan penerbang solo wanita pertama singgah di Taiping, pakar sejarah masih brcanggah pendapat

Dakwaan penerbang solo wanita pertama singgah di Taiping, pakar sejarah masih brcanggah pendapat

Berdekatan jalan menuju ke Hospital Taiping, terdapat sebuah bangunan yang terpampang jelas mural juruterbang Amerika Syarikat, Amelia Earhart.

Bagi yang kurang arif tentang wanita ini, beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah yang melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia merentasi Lautan Atlantik pada 1937.

Dikatakan juga, beliau ada singgah mendarat di Lapangan Terbang Tekah di sini pada 20 Jun 1937 untuk mengisi bahan api sebelum meneruskan penerbangan.

Maka begitulah kisah bagaimana mural tersebut diabadikan di situ.

Namun begitu, sejauh mana kebenaran yang mendakwa Amelia memang ada singgah di Taiping, sedangkan ramai ahli sejarah tidak berpendapat sedemikian?

Bukan cakap kosong atau pendapat semata-mata, semuanya berlandaskan fakta yang ditinggalkan dan dikuatkan lagi dengan buku yang diterbitkan suami Amelia.

Buku bertajuk ‘Last Flight By Amelia Earhart’ diterbitkan sendiri oleh suaminya, George Palmer Putnam berdasarkan tinggalan nota dan diari isterinya setelah Amelia hilang dalam penerbangan solo itu.

Menurut Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee, memang benar juruterbang itu ada memohon permit untuk mendarat mengisi bahan api di Tanah Melayu, bukan hanya di Taiping.

Kulit buku Last Flight By Amelia Earhart.

Jelasnya lagi, jika ada pun negeri atau daerah Tanah Melayu yang disebut beberapa kali dalam notanya ialah Alor Setar, Kedah.

“Dia ada mohon permit mendarat di Taiping, Alor Setar, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Singapura.

“Dia ada buat catatan atau diari sepanjang tempoh penerbangan solo, kemudian diterbitkan buku oleh suaminya selepas dia hilang.

“Dalam buku atau memoir itu, tidak disebut langsung tentang mendarat di Taiping, yang ada disebut beberapa kali cuma Alor Setar, Kedah sahaja.

“Itu pun hanya lalu, tapi tidak singgah. Dia ada cerita tentang suasana kawasan padi di Alor Setar,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Nor Hisham, dimaklumkan menerusi petikan buku itu juga, selepas Amelia mengisi bahan api di Bangkok, beliau bergerak ke Singapura dan melalui Alor Setar