Dakwaan Shahidan MP pembangkang tidak diberi peruntukan sengaja dirancang bertujuan burukkan imej PM10

Dakwaan Shahidan MP pembangkang tidak diberi peruntukan sengaja dirancang bertujuan burukkan imej PM10

Dakwaan Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberikan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang adalah satu tuduhan melulu dan berniat jahat.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, Kerajaan Perpaduan yang ada ini baru sebulan lebih dibentuk dan belum membuat apa-apa keputusan mengenainya.

”Saya ingin tanya Shahidan, bila pula kerajaan membuat keputusan mengenai perkara ini.

”Belanjawan pun hanya sebahagian daripada peruntukan sahaja dibentangkan untuk membolehkan gaji kakitangan kerajaan dibayar,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan portal MalaysiaGazette.

Sany merujuk kepada kenyataan Shahidan yang berkata kerajaan tidak akan memberikan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Malah Shahidan berkata, pihaknya akan membuat perbincangan secara berterusan bersama pihak terlibat bagi memastikan isu berkaitan peruntukan dapat diselesaikan.

ADVERTISEMENT

Dalam pada itu, Sany menyifatkan tuduhan bekas Menteri Wilayah itu hanyalah bersifat untuk memancing perhatian rakyat.

“Saya beranggapan kenyataan Shahidan ini hanya ingin memancing sahaja iaitu untuk menekan Kerajaan Perpaduan agar mereka diberikan peruntukan sama dengan wakil rakyat kerajaan melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan nanti.

”Bagi saya juga, tuduhan Shahidan ini bersifat melulu dan berniat jahat. Oleh itu, saya ucapkan ‘selamat memancing’ dan selamat mencuba kepada YB Arau,” katanya lagi.