Dalam diam hidap kanser, mak lucu selalu viral disakat anak meninggal dunia
Kasih sayang seorang ibu itu kepada anaknya tentu sudah tidak boleh diragukan lagi. Pelbagai kaedah yang akan dilakukan oleh insan tersebut bagi memastikan anak-anaknya dapat membesar menjadi seorang insan yang berguna dan sentiasa bahagia di sisi keluarga tercinta.
Malah, tidak dapat dinafikan juga, anak-anak pasti tidak akan pernah bersedia untuk kehilangan insan yang bergelar ibu meskipun sudah meningkat dewasa.
Namun begitu, kita harus percaya bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Ain, ibu kesayangan, Siti Hawa yang dikenali ramai kerana kerap membuat konten bersama menghiburkan netizen telah disahkan meninggal dunia.
Meninggal dunia akibat penyakit barah
Sudah lama tidak muncul di laman sosial, rakan baiknya sejak bangku sekolah turut memaklumkan khabar sedih tersebut rupa-rupanya Allahyarham Siti Hawa menyembunyikan rahsia dimana arwah hidap penyakit barah.
Salam takziah buat keluarga mangsa
Difahamkan, arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam danย selamat disemadikan di tanah perkuburan. Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar arwah ditempat dikalangan orang beriman.
@niayien cepat baik mama๐ค #fypage #fyourpage
โฌ original sound – ๐ฎ๐ถ๐ป๐ท๐ฒโพ – ๐ฎ๐ถ๐ป๐ท๐ฒโพ
Pemergian itu turut dirasai oleh ramai lagi pihak, termasuklah rakan baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Kongsiย Cikgu Ferdyย di sebalik sifat ceria dan suka bergelak tawa, rupa-rupanya Allahyarhamah Siti Hawa menyembunyikan rahsia hidap barah. Ujarnya wanita tersebut telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam dan selamat disemadikan hari ini.