Dalam diam hidap kanser, mak lucu selalu viral disakat anak meninggal dunia

Dalam diam hidap kanser, mak lucu selalu viral disakat anak meninggal dunia

 

Kasih sayang seorang ibu itu kepada anaknya tentu sudah tidak boleh diragukan lagi. Pelbagai kaedah yang akan dilakukan oleh insan tersebut bagi memastikan anak-anaknya dapat membesar menjadi seorang insan yang berguna dan sentiasa bahagia di sisi keluarga tercinta.

Malah, tidak dapat dinafikan juga, anak-anak pasti tidak akan pernah bersedia untuk kehilangan insan yang bergelar ibu meskipun sudah meningkat dewasa.

Namun begitu, kita harus percaya bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Ain, ibu kesayangan, Siti Hawa yang dikenali ramai kerana kerap membuat konten bersama menghiburkan netizen telah disahkan meninggal dunia.

Meninggal dunia akibat penyakit barah

Sudah lama tidak muncul di laman sosial, rakan baiknya sejak bangku sekolah turut memaklumkan khabar sedih tersebut rupa-rupanya Allahyarham Siti Hawa menyembunyikan rahsia dimana arwah hidap penyakit barah.

Salam takziah buat keluarga mangsa

Difahamkan, arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam dan  selamat disemadikan di tanah perkuburan. Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar arwah ditempat dikalangan orang beriman.

@niayien

cepat baik mama🤍 #fypage #fyourpage

♬ original sound – 𝗮𝗶𝗻𝗷𝗲✾ – 𝗮𝗶𝗻𝗷𝗲✾

Pemergian itu turut dirasai oleh ramai lagi pihak, termasuklah rakan baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Kongsi Cikgu Ferdy di sebalik sifat ceria dan suka bergelak tawa, rupa-rupanya Allahyarhamah Siti Hawa menyembunyikan rahsia hidap barah. Ujarnya wanita tersebut telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam dan selamat disemadikan hari ini.