Dalam masa tak sampai satu minit, kereta ‘malang’ terlanggar & dilanggar 2 motosikal

Dalam masa tak sampai satu minit, kereta ‘malang’ terlanggar & dilanggar 2 motosikal

 

Seorang pemandu bagai jatuh ditimpa tangga selepas keretanya terlibat kemalangan dengan dua buah motosikal pada masa yang sama.

Rakaman video dashcam yang dikongsikan oleh akaun Facebook Aidan Ahmad itu menunjukkan ada sebuah motosikal baru keluar simpang terus masuk ke lorong kanan tanpa melihat kereta yang sedang melalui lorong tersebut.

 

Ketika pemandu sedang melihat keadaan mangsa yang terduduk di atas jalan raya, datang sebuah lagi motosikal merempuh bahagian belakang kereta yang berhenti di lorong kanan itu.

Perkongsian rakaman video dashcam itu mendapat simpati netizen, lebih-lebih lagi tinggal kurang dua minggu sahaja lagi Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu pemandu runsing untuk membaiki keretanya yang rosak bahagian depan belakang.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Orang ramai mendoakan agar pemandu terbabit diberikan kekuatan dan kesabaran atas ‘ujian’ yang dihadapinya pada waktu Ramadan ini.

Pada masa sama netizen meminta orang ramai untuk lebih peka, memandangkan fokus seseorang sedikit berkurangan ekoran cuaca panas ketika berpuasa.