DAP keluar amaran keras ini gara-gara ucapan dibuat bekas pemimpin, Tony Pua

DAP keluar amaran keras ini gara-gara ucapan dibuat bekas pemimpin, Tony Pua

Parti DAP hari ini tampil mengeluarkan amaran keras terhadap mana-mana ahlinya yang mengeluarkan kenyataan  sehingga menimbulkan ketegangan hubungan komponen Kerajaan Perpaduan.

Ini susulan ucapan yang dibuat oleh bekas pemimpin DAP Pusat, Tony Pua dalam satu ucapannya di Petaling Jaya semalam.

Menurut Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, tada keperluan bagi DAP mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi terhadap rakan gabungan utama kerajaan ini.

Beliau malah memberi peringatan supaya keharmonian dan kestabilan politik yang telah dipersetujui ketika menubuhkan Kerajaan Perpaduan sentiasa dipertahankan.

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG DAP

1. Saya merujuk kepada laporan media yang memetik ucapan oleh Tony Pua dalam satu majlis yang dianjurkan oleh DAP Petaling Jaya.

2. Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP. Justeru itu, beliau bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.

3. Ucapan tersebut yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan (uncalled for).

4. Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik.

5. Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini.

6. Saya ingin mengingatkan semua pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran.

7. Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP.

LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP

24 JUN 2023