DAP sahkan LGE dititah mengadap SPB YDPA petang ini, nama Azmin dan Zuraida tiada dalam senarai

DAP sahkan LGE dititah mengadap SPB YDPA petang ini, nama Azmin dan Zuraida tiada dalam senarai

KENYATAAN MEDIA

Menjawab pertanyaan daripada pihak media, saya mengesahkan bahawa Setiausaha Agung DAP, Yang Berhormat Lim Guan Eng selaku Ketua Parti DAP telah diperkenan untuk menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Majlis menghadap tersebut dijadualkan berlangsung pada sebelah petang, hari Rabu, 9 Jun 2021 di Istana Negara.

Sekian dimaklumkan.

Loke Siew Fook
Setiausaha Organisasi Kebangsaan
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

9 Jun 2021

Sumber: https://www.facebook.com/129323924541/posts/10158359621199542/