“Dapat bini international” – Sekumpulan wanita Afrika berminat jadi isteri Abang Tesla

“Dapat bini international” – Sekumpulan wanita Afrika berminat jadi isteri Abang Tesla

 

Sebelum ini, kecoh di media sosial Malaysia berkenaan seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Tesla bernikah untuk kali kedua selepas perkahwinan pertamanya gagal mendapatkan zuriat selepas lima tahun.

Tindakakannya itu terima kecaman serta kritikan hebat dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan keputusannya memandangkan ada kaedah lain untuk mendapatkan anak.

Bagaimanapun, baru-baru ini, tular di laman sosial sebuah video memaparkan sekumpulan wanita dari Afrika meluahkan minat mereka untuk menjadi isteri kepada Abang Tesla.

Menerusi hantaran tersebut, dua orang wanita mencium gambar Abang Tesla malah ada tulisan yang mengatakan ‘Abang Tesla, kamu hensem giler..boleh kahwin kita tak?’ telah berjaya menarik perhatian ramai.

@rexgowishesvideo

Abang Tesla❤️Boleh kahwin diorang tak?Dpt bini international 😘#rexgowishes #gift #birthdayvideo

♬ original sound – RexGo Africa Wishes Video – RexGo Africa Wishes Video

” Abang Tesla, boleh kahwin diorang tak? Dapat isteri international,” ujar pemilik video menerusi kapsyen.

Confirm dapat anak ramai

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju Abang Tesla mengahwini wanita Afrika tersebut memandangkan mereka mempunyai potensi besar untuk memberi zuriat yang banyak.

Netizen terhibur

Bukan itu sahaja, netizen terhibur dengan dengan ‘konten’ tersebut malah meminta Abang Tesla untuk memilih calon isteri seterusnya dengan sebaik mungkin.