Datang bersama ke AJL37, peminat syak Zara Zya dan Datuk Alha sudah bernikah

Datang bersama ke AJL37, peminat syak Zara Zya dan Datuk Alha sudah bernikah

Aktres popular, Zara Zya mengaku mengambil suntikan pada wajah dan bibir selepas diasak dengan pelbagai soalan berhubung rupa paras kelihatan berubah sejak kebelakangan ini.

Enggan menjadikan perubahan wajah sebagai isu, Zara menjelaskan perubahan hormon dan faktor usia menyebabkannya mengambil suntikan.

Malah, katanya, dia juga tidak menolak dakwaan ada beberapa klinik estetik yang tampil menaja untuk melakukan suntikan dan menambahbaik wajah.

Namun, katanya, ia bukanlah proses rumit kerana menjelaskan suntikan lebih kepada vitamin sahaja.

“Sejujurnya, memang ada beberapa klinik menaja saya membuat rawatan wajah. Lagipun, usia semakin meningkat, jadi timbul kedutan dan saya buat sedikit suntikan.

“Tetapi, ia lebih kepada suntikan vitamin untuk menjadikan kulit tampil tanpa cela.

“Jika dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tetapi, ia lebih kepada vitamin.

“Sama seperti bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi suntikan ini memberikan kesan tegang. Apabila tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan,” katanya menerusi temu bual bersama program hiburan popular, Melodi.

Zara atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, tidak kisah jika ada netizen tampil memberikan komen negatif terhadap rupa parasnya kerana menyedari setiap selebriti pasti melakukan suntikan pada wajah sebagai rutin untuk tampil cantik.

“Saya tidak kisah dan terpulanglah. Lagipun saya rasa ramai sahaja yang buat, namun terpulang pendapat masing-masing.

“Saya tak kisah orang nak kecam, saya tetap dengan diri saya dan akan jaga diri saya sebaik mungkin. Terima kasih kerana ambil tahu,” jelasnya.

Terdahulu, Zara dan peneraju industri kosmetik organik, Datuk Alha Alfa hadir bersama pada anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.