Datang suprise hari jadi madu, Adira Suhaimi hadiahkan gelang & cicin buat ramai sebak
Penyanyi Adira Suhaimi menyambut ulang tahun madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau dikenali Datin Red dalam sebuah majlis serba ringkas telah berjaya meraih perhatian ramai di laman sosial.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Adira di laman Instagramnya, dia telah memeluk erat dan menyuap kek hari lahir selepas menghadiahkan seutas gelang serta sebentuk cincin telah membuatkan ramai sebak.
Bukan itu sahaja, penyanyi yang berusia 31 tahun itu meluahkan syukur dapat menyambut ulang tahun kelahiran Datin Red meskipun dilakukan awal sehari kerana bimbang tidak sempat untuk meraikannnya.
“Selamat hari lahir kakak sayang, tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah. Datang awal sehari sebab besok takut x sempat singgah,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Datin Red menzahirkan ucapan terima kasih kepada Adira kerana sanggup meluangkan waktu dan memohon maaf kerana tidak dapat menjadi seorang kakak yang baik untuknya.
Netizen sebak dan terharu!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan sebak apabila melihat hubungan diantara Adira bersama Datin Red yang sangat akrab walaupun hidup bermadu.
Salute dengan cara Datuk Red uruskan isteri!
Malah, ramai yang memuji cara Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dapat menguruskan kedua-dua isterinya dengan adil dan baik sekali.
Dalam pada itu, netizen mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa dilindungi Allah selalu dan berharap selalu bahagia hingga akhir hayat.
Sekadar info, Adira telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.