Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Shahihda, semalam memuat naik gambar perbualannya bersama seorang individu yang meminta bantuannya untuk membeli telefon pintar.
Menurut individu berkenaan, dia teringin memiliki iPhone 14. Pernah mengumpul wang untuk membeli telefon jenama buah epal itu. Malangnya wang yang dikumpul itu hilang.
“Belikan saya iPhone 14 Pro Max boleh tak? Saya teringin nak pakai iPhone. Hari tu dah kumpul tapi duit saya hilang. Saya sedih sangat.
“Saya beli iPhone untuk invest ke bisness., nak sangat buka kedai macam Dato dan Datin. Semoga Allah permudahkan urusan Datin ya. Ini nombor akaun saya…” katanya dalam mesej tersebut.
Namun Shahida melalui hantaran di Instagram menjelaskan, dia tidak dapat berbuat demikian atas sebab telefon bimbitnya sendiri tidak pernah ditukar sejak sekian lamanya.
“Maaf la ya dik. Nak beli iPhone 14 nak minta duit. Saya ni pun handphone tak bertukar dah lama. Awak sibuk nak minta beli handphone baru,” katanya.
Selain itu, netizen berpendapat iPhone bukanlah sesuatu yang wajib dimiliki sekiranya benar-benar mahu berkecimpung dalam perniagaan. Alat peranti mewah itu adalah lebih kepada gaya hidup, bukannya keperluan.
“Dia ingat duit ni kutip kat pokok agaknya, macam daun,” kata rakan artis, Fara Mendoza.
“Cik Lan pun pakai handphone lama. Kadang-kadang tak faham orang yang tak dikenali selalu meminta-minta. Banyak orang DM juga macam ni, sampai pinjam duit pun tak dibayar kerana kesian. Tetapi bila difikirkan semula, stop it. Kita tak perlu galakkan orang macam ni. Cuba usaha sendiri dan berdikari, itu yang penting,” kata Roslan Shah.