Datuk durjana!!! Diberi tumpang, hendak dirogolnya tuan rumah

Datuk durjana!!! Diberi tumpang, hendak dirogolnya tuan rumah

Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan wanita dicabul ahli politik di kediamannya di Taman Bukit Melawati, di sini pada Ogos tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 48 tahun itu pada 16 Mac lalu.

Jelasnya, kejadian berlaku di antara Julai atau Ogos tahun lalu ketika mangsa dan suaminya telah dilawati oleh rakan baik mereka yang juga seorang ahli politik bersama isterinya di kediaman mereka.

Bagaimanapun, pada awal pagi kejadian ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat satu, mangsa mendakwa telah dicium selain payudaranya diramas oleh suspek.

“Pada awal pagi, semasa mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat 1, tiba-tiba tersedar dan merasai mangsa dicium dan payudara telah diramas.

“Setelah suspek menyedari mangsa tersedar dari tidur, suspek terus turun ke bawah untuk pulang ke rumah bersama isterinya.

“Pengadu takut untuk membuat sebarang aduan polis selama ini, kerana bimbang akan merosakkan hubungan di antara pengadu dan suspek,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Mangsa juga, jelas Mohamad Farouk menyatakan tidak pasti akan tindakan yang perlu diambilnya memandangkan suspek adalah ahli politik yang berpengaruh di negeri di Pantai Timur.

Bagaimanapun, tambah Mohamad Farouk, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh di hukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dijalankan berhubung kes itu. – AA