Datuk Hattan sekolahkan pembaca berita masa live, “Tak buat homework ke?”

Datuk Hattan sekolahkan pembaca berita masa live, “Tak buat homework ke?”

 

Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang berbakat iaitu vokalis kumpulan XPDC, Mael yang meninggal dunia di Hospital Muar malam tadi.

Pemergian bintang itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya, Sharifah Irfatasha.

Di TikTok, tular pula rakaman video memaparkan segmen mengenang pemergian Mael XPDC di Astro Awani Berita 501.

Datuk Hattan tegur tak buat ‘homework’

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah apabila penyanyi Datuk Hattan selaku tetamu di talian menegur pembaca berita yang dikatakan tak membuat kajian sebelum bertanyakan soalan.

@salimey1

Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis….awak tau tak tau dia punya sejarah ni… WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan… DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh…silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu… WAA : Saari Amri… DH : Apa la u ni… WAA : Saari Amri Dato…(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa…apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael…. WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fypシ #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fypシ゚viral

♬ original sound – Salimey Abu Bakar – Salimey Abu Bakar

Dalam rakaman kedengaran pembaca berita meminta pandangan Datuk Hattan mengenai lirik-lirik lagu kumpulan XPDC yang diketahui makan dalam.

Namun, Datuk Hattan bertanyakan kembali sama ada pembaca berita tahu mengenai sejarah dan siapa yang menulis lirik lagu kumpulan itu.

Dengan nada serius, penyanyi lagu Mahligai Syahdu ini bertanya sama ada dia membuat ‘ulang kaji’ sebelum bercakap mengenai kumpulan lagenda itu.

Tak cukup di situ, Datuk Hattan seolah-olah berasa kecewa apabila pembaca berita itu salah meneka penulis lirik dan meminta orang yang betul-betul tahu untuk menemubualnya.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa tak setuju dengan cara Datuk Hattan yang dirasakan telah memalukan wanita itu secara terbuka.

datuk hattan
datuk hattan marah wartawan
wartawan

Netizen turut memuji pembaca berita yang ‘steady’ tetap meneruskan kerja sehingga habis meskipun temubual tak berjalan lancar.