Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.23 malam ini.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh anak beliau di laman Facebooknya, Fatihah Salahuddin.

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,”tulisnya.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan, Salahuddin, 61, disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Beliau yang disahkan mengalami pendarahan dalam otak telah ditidurkan selepas selamat menjalani pembedahan di hospital tersebut hari ini.