Datuk Zainal Abidin dan Fyna Jebat noktahkan teka teki

Datuk Zainal Abidin dan Fyna Jebat noktahkan teka teki

 

Fyna Jebat dan suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya dilihat keluar bersama sekali gus mengesahkan desas-desus mengenai status mereka berdua.

Walaupun Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat telah membuat pengakuan sudah mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain serta jurulatih bola sepak itu, namun tiada sebarang perkongsian yang dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Tetapi perkongsian yang dibuat oleh pelakon terkenal Datuk Mustapha Kamal di TikTok baru-baru ini telah memberi jawapan kepada sebarang persoalan yang timbul dalam kalangan ramai.

Kredit: TikTok Mustapha Kamal

Mustapha Kamal dan isterinya dilihat duduk semeja makan bersama pasangan itu.

Dia juga memuat naik gambar serta momen mereka berdua selepas bertemu secara tidak sengaja di sebuah kedai makan.

Kredit: Tiktok Mustapha Kamal
Kredit: Tiktok Mustapha Kamal

“Salam, pertemuan secara kebetulan. Baru terjumpa the legend Zainal Abidin Hassan.

“Kawan laman. Selamat maju jaya diucapkan untuk anda berdua, tahniah,” memetik kapsyen hantaran itu.

‘Baru percaya tengok gambar’

Dalam pada itu, netizen turut menarik nafas lega selepas melihat perkongsian yang dibuat oleh pelakon tersebut dan menyatakan mereka berasa puas hati melihat gambar pasangan berkenaan.

Netizen turut berkata mereka baru percaya akan desas-desus mengenai mereka selepas gambar tersebut dikongsi oleh Mustapha

Ada juga yang berseloroh dan memetik nama ‘Megah Holding’ kerana watak ‘Papa’ yang sinonim dibawa oleh Mustapha dalam kebanyakan drama-drama Melayu di televisyen.

Kredit: Tiktok
Kredit: Tiktok

Netizen turut menyukai dengan tindakan rawak yang dibuat oleh Mustapha kerana mengemas kini mengenai pasangan yang hangat diperkatakan pada ketika ini.

Ujar mereka, kawan seperti Mustapha yang amat diperlukan kerana sering membuat perkongsian rawak.

Kredit: Tiktok

Sebelum ini, nama pasangan itu sering disebut oleh netizen ekoran berita pernikahan mereka tersebar hingga mencetuskan spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Oleh itu, ramai juga yang membuat kesimpulan sendiri walaupun Fyna sendiri sudah mengakui berkahwin dengan Zainal Abidin Hassan pada media, baru-baru ini.

@mustaphakamaalSalam … What a coincidence.. just stumbled across the legend Zainal Abidin Hassan. An old friend. All the best to both of you, congratulations.

♬ We Are The Champions – Remastered 2011 – Queen