Dedah!!! Saarani perlu jelaskan dakwaan guna duit GLC bayar gaji pemain bolasepak

Dedah!!! Saarani perlu jelaskan dakwaan guna duit GLC bayar gaji pemain bolasepak

Peminat bola sepak Perak tidak sewajarnya menuding jari dan meletakkan 100 peratus kesalahan kepada kerajaan negeri, susulan kegagalan Perak FC membayar gaji barisan pemainnya selama dua bulan.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad menegaskan, isu berkenaan gaji pemain dan sebagainya bukan menjadi tanggunggjawab kerajaan negeri sepenuhnya.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya mengambil maklum mengenai rungutan dan isu tersebut, di samping bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka.

“Tidak betul jika mereka kata kerajaan negeri langsung tidak membantu. Apabila saya mengambil alih jawatan Menteri Besar pada 10 Disember tahun lalu, waktu itu mereka telah tertunggak bayaran kepada para pemain selama dua bulan.

“Saya telah mengambil inisiatif untuk memujuk beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membayar (gaji). Sebenarnya, itu bukan tanggungjawab saya.

“Tetapi, saya telah membayar menggunakan GLC untuk dua bulan tunggakan. Selepas itu, saya difahamkan mantan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) letak jawatan dengan pasukannya.

“Kita sudah bantu kira-kira RM4 juta. Dulu saya bantu RM2.5juta untuk tertunggak dua bulan, dan baru-baru ini lagi RM1.5 juta. Jadi, tidak adil untuk kata kerajaan negeri tak membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) di Parlimen Tanjung Malim, di sini, hari ini.

Turut hadir, barisan Exco kerajaan negeri serta komuniti setempat.

Dalam pada itu, Saarani berkata, kerajaan negeri tidak hanya boleh menumpukan kepada satu jenis sukan semata-semata, khususnya dalam sudut bantuan peruntukan membabitkan kos tinggi.

“Kalau kata bola sepak memerlukan RM2 juta sebulan, takkan nilai ini anda letakkan kepada kerajaan negeri untuk menanggungnya. Ini tidak adil.

“Sebab, ia duit rakyat, bukan duit Persatuan Bola Sepak atau pungutan tiket. Duit cukai ini saya perlu bagi balik kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, memetik sumber, media melaporkan Perak FC berdepan kegagalan membayar gaji pemainnya selama dua bulan.

Bagaimanapun, sumber berkata, sehingga kini, rata-rata barisan pemain Perak masih menghormati kontrak bersama kelab itu dan tidak mahu membuat tindakan secara terburu-buru. – AA