“Dek kerana fitnah tu mak ayah haIau aku dari rumah, aku diam saja biar Allah saja yang akan baIas si pemfitnah tersebut, aku keluar sehelai sepinggang”

“Dek kerana fitnah tu mak ayah haIau aku dari rumah, aku diam saja biar Allah saja yang akan baIas si pemfitnah tersebut, aku keluar sehelai sepinggang”

 

Assalamualaikum wbt warga FB. Thanks admin sebab sudi siarkan artikel ni. Nama aku Ezad berumur 31 tahun. Seperti tajuk, aku adalah salah seorang mangsa anak terpinggir atau terbuang daripada keluarga.

Sejak lahir lagi aku bukan anak kegemaran ibu bapa aku. Walaupun aku ni si bongsu, tapi aku bukan seperti anak bongsu yang lain. Abang aku siap katakan yang aku bukan adik dia sejak lahir. Itupun dari mulut wanita yang melahirkan aku.

Kakak aku anak emas keluarga, yelah dari kecil lagi memang jadi harapan keluarga sentiasa ke pentas sekolah menerima hadiah kerana pencapaian akademik sekolah. Aku, walaupun terpinggir, aku mampu jugak bersekolah, cuma tidaklah berapa pandai seperti kakak.

Dari kecil lagi kalau ada apa – apa barang hilang atau kesalahan, mesti nama aku yang naik dulu. Nak dapat lebih makanan memang tak lah. Kalau nk beli apa – apa, aku usaha sendiri. Mungkin disebabkan ujian ini aku menjadi lebih tabah dan kuat melalui semua ujian dan rintangan hidup

Selepas habis sekolah, aku terus bekerja. T4rget aku nak kerja 6 bulan sahaja untuk cari duit sambung pelajaran. Yelah, bila surat tawaran Uni sampai, abang aku siap cakap habiskan harta bapak aku saja kalau hantar aku ke Universiti.

Dari situ, aku tekad aku jejak kaki ke Uni tanpa bantuan sesiapa. Macam – macam lah aku lalui. Tak habis kat situ saja, per4ngai diva kakak aku tu berleluasa sampailah besar, pinggan sekeping pun malas basuh. Mak aku lah yang uruskan rumahtangga sampailah sekarang.

Kakak aku tu malas bekerja. Walaupun sambung belajar tinggi – tinggi, tapi tetap duduk umah. Abang aku selepas bercerai, abah aku lah yang sara anak – anak dia. Sama jugaklah alasan, malas bekerja. Duduk la dua – dua orang tu di rumah jadi king dan queen of the house.

Kami ni tinggal di kampung. Bila dah masyarakat tengok keadaan keluarga aku macam tu, adalah jiran menegur kakak dan abang aku. Takkan sampai bila – bila nak menyusahkan mak abah sehingga hari ni terpaksa cover seluruh perbelanjaan rumah.

Bila kakak aku ditegur, balik rumah aku lah jadi m4ngsa kononnya aku bawak mulut sana sini mengadu domba. Sedangkan aku ni kerja siang malam nak cover yuran pengajian aku, bilanya aku sempat nak mengumpat hal dengan orang lain?

Dek kerana fitnah tu, mak ayah aku haIau aku dari rumah. Aku diam saja, sebab bagi aku, aku tak buat salah, biar Allah saja yang akan baIas si pemfitnah tersebut. Aku keluar sehelai sepinggang. Tabahkan hati habiskan baki pengajian 1 semester.

Habis sahaja degree, aku ikut kawan pergi kerja Australia. Mula – mula memang kutip buah saja. Tapi aku cuba cari sponsor visa, Alhamdulillah berkat kesabaran aku, ada company sudi sponsor visa untuk aku. Sekarang dah hampir 3 tahun aku di sini dan keluarga aku masih tidak tahu yang anak bongsu mereka dah bekerja di Australia.

Aku dengar dari kawan aku di kampung yang mak aku s4kit sekarang. Dalam keadaan sakit masih dikerah untuk memasak dan siapkan rumahtangga hari – hari. Kakak aku? Haha, dok bangga dengan master dia tak abis, tapi tak kerja jugak sampai sekarang.

Abah aku masih tanggung anak – anak saud4ra aku disebabkan abang aku culas cari rezeki. Ada kawan aku cakap, mak aku sekarang asyik sebut pasal aku. Bukan aku tak nak contact, tapi biarlah keadaan reda dulu. Si penghasut ramai dekat umah tu, kalau aku contact pun, pasti ada tak senang duduk.

Aku cuma hantar duit bulan – bulan ke emak untuk ubatan dan kesihatannya. Sahabat semua, aku share dekat sini disebabkan aku ingin memberi kekuatan kepada golongan senasib dengan aku. Memang s4kit menjadi anak terpinggir.

Tapi teruskanlah menjadi manusia yang baik, biar orang tak suka kita. Asalkan Allah tetap sayang kita. Yang fitnah tu lah menjadi saham akhir4t dan sumber rezeki kita di dunia. Ini berdasarkan experience aku sendiri. Setiap kali keluarga aku fitnah macam – macam, pasti rezeki aku meIimpah ruah.

Memang sakit bila difitnah, tapi percayalah Allah berikan ganjaran tidak terhingga dikemudian hari. Anak terpinggir ni selalunya kuat kerana selalu dibuIi. Aku ni campaklah kat mana pun pasti aku boleh hidup. Dibandingkan dengan adik beradik aku yang lain, jika mak dan abah aku tiada, aku tak boleh bayangkan bagaimana kehidupan mereka kerana selama ini mereka tidak pernah berdikari especially kakak aku.

Bawak kereta pun tak pandai, sebutir beras pun tak pernah dibeli. Aku harap adalah seseorang yang sudi sunting kakak aku tu supaya mak abah aku rasa lega kerana ada orang menjaganya. Sahabat senasibku, teruskan berusaha dan tepis segala rintangan yang korang hadapi.

Kita dilahirkan dengan iron heart, kita boleh hadapi hidup ini lebih kuat dari mereka yang membuli kita. Ingat, kita insan terpilih.. Allah Tidak Akan Menguji Hamba-Nya di Luar Batas Kemampuannya. Bulan depan aku bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan di Sydney.

Mohon doa sahabat semua semoga perkahwinan kami diberi keberkatan oleh Allah swt. Aku akan cuba sedaya upaya membahagiakan keluarga kecilku di sini disebabkan bakal isteri juga mengalami masalah yang sama dengan aku. Dia hanya ada aku, dan aku hanya ada dia.. Wassalam.. – Ezad (Bukan nama sebenar)