Demi content dan view, TikToker Islam ini sanggup makan kulit babi

Demi content dan view, TikToker Islam ini sanggup makan kulit babi

 

Hanya kerana mahu ‘view’ di TikTok banyak, seorang tiktoker beragama Islam dari Indonesia sanggup memakan kulit babi goreng.

Rakaman video Lina Mukerji tular selepas mendapat kecaman ramai kerana memakan makanan yang sudah jelas haram dalam agama Islam lapor food.detik.

Dalam video dimuat naik menerusi akaun @lilumukerji baru-baru ini, Lina dilihat sedang makan di sebuah gerai makanan di Bali.

Dia memesan nasi dilengkapi hidangan lawar yang berupa campuran daging dan sayur serta kulit babi digoreng.

Selebriti TikTok itu kemudian secara sengaja menjamu hidangan berkenaan hingga menyebabkan kemarahan keluarganya sendiri.

“Hari ini, saya melanggar rukun iman dan sudah pastinya dokumen kartu keluarga saya akan ditarik balik.

“Namun, saya sengaja makan hidangan itu kerana rasa ingin tahu memandangkan banyak video makanan ranggup dimuat naik di TikTok,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama dia memakan haiwan tersebut, malah sebelum ini dia pernah termakan daging babi secara tidak sengaja.

“Sebelum ini, saya makan daging babi secara tidak sengaja, namun kali ini saya sedar ketika menjamu hidangan itu,” katanya.

Pada akhir rakaman video itu, Lina mengakui dia makan hidangan babi itu semata-mata demi konten.

“Saya ingin minta maaf, ini sekadar konten,” katanya.