“Dengar bunyi perempuan jerit-jerit” – Individu dakwa pelakon lelaki berwajah soleh pukul teman wanita berkali-kali

“Dengar bunyi perempuan jerit-jerit” – Individu dakwa pelakon lelaki berwajah soleh pukul teman wanita berkali-kali

Pelakon lelaki memiliki wajah soleh didakwa memukul teman wanita berkali-kali di dalam sebuah kereta.

Menerusi perkongsian @rizzaizizi di TikTok, dia merupakan saksi yang nampak kejadian tersebut berlaku.

“Ternampak seorang pelakon lelaki ni bergaduh dengan seorang perempuan, ingatkan gaduh biasa je lah. Masuk kereta dengar bunyi perempuan jerit-jerit bila tengok kereta tu nampak lelaki tu pukul-pukul banyak kali pulak tu,” katanya.

Menurutnya, dia cuba untuk menolong namun wanita itu seperti takut dan tidak mahu keluar daripada kereta.

“Saya pergi nak tolong tapi perempuan tu nangis-nangis and tak nak keluar kereta pulak. Kenapa lah awak tak nak keluar dari situasi bila ada peluang orang nak tolong.

“Yang lelaki tu pulak, kalau nak bertumbuk pun cari la pairing ala-ala commando ke rambo ke baru la bermaruah sikit otot-otot tu,” dakwanya.

Malah, dia turut menawarkan diri untuk menjadi saksi untuk kejadian itu.

“Abang nak bagitahu dekat perempuan tu kalau terbaca post ni, jangan la takut nak tinggalkan lelaki macam tu and kalau pergi buat report, abang boleh jadi saksi,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya siapa gerangan pelakon lelaki tersebut.

“Kasi hint sikit pelakon kan ramai. Yang muka soleh ke muka pecah rumah ke, drama tengah trending ke..ahhh gitu,” komen netizen.

“Mmmmm.. muka soleh insyaAllah, drama yang trending kurang pasti sebab tak follow drama,” balas individu berkenaan.