Dengar suara merdu ketika memasak, netizen semakin suka Ira Kazar

Dengar suara merdu ketika memasak, netizen semakin suka Ira Kazar

 

Jika dahulu Ira Kazar sering dihentam kerana kontroversinya bersama Puteri Sarah, kini anak kepada pelakon Kazar itu terus mendapat perhatian netizen dek kerana tuturnya yang lembut dan sopan.

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin kebelakangan ini kerap menunjukkan kebolehannya memasak menyebabkan netizen setiap hari tertunggu-tunggu video dari isteri Syamsul Yusof itu.

Terbaru, video masakan Ira iaitu ‘bake potato beef’ pula mendapat pujian ramai.

Bukan sekadar dipuji pandai jaga perut suami, bahkan suaranya yang lembut menyebabkan ramai tertarik untuk mengikuti video memasaknya itu.

Malah ada juga yang mengusik, kata mereka kelembutan suara Ira itulah yang membuatkan Syamsul bertambah sayang.

“Suara bercakap pun sedap, patutlah nyanyi pun sodappp,” komen pengguna TikTok.

“Dari IG story park ke sini. semata nak dengar suara Ira je”

“You keep going girl.Lebih sukaa Ira jadi content creator macam ni”

“Datang sini sebab nak dengar suara,” komen pula yang lain.

@irakazar_

Baked Potato Beef Recipe 🥔 #BakedPotato #CapCut

♬ original sound – Ira Kazar – Ira Kazar