Dera & rogol bayi 11 bulan hingga maut, suami pengasuh kekal hukuman gantung sampai mati

Dera & rogol bayi 11 bulan hingga maut, suami pengasuh kekal hukuman gantung sampai mati

 

Mahkamah Rayuan semalam telah mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas pengunting rambut dan juga suami kepada pengasuh seorang bayi berumur 11 bulan yang dibunuh dengan kejam, lima tahun lalu.

Tertuduh, Hazmi Majid didakwa atas tuduhan membunuh dan menyebabkan kematian seorang bayi, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara pada 7 November 2018, memetik Harian Metro.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah unit di Pangsapuri Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi di mangsa dilaporkan telah mengalami pelbagai kecederaan yang serius antaranya pendarahan di bawah kulit kepala, tengkorak pecah, kesan lebam di lengan kanak akibat digigit orang dewasa, pendarahan di badan.

Perogol bayi

Selain itu, mangsa juga mengalami koyakan di kemaluan dan dubur akibat didera secara seksual oleh tertuduh manakala punca kematian adalah akibat hentakan tumpul di kepala.

Mangsa kemudiannya meninggal dunia dua hari setelah kritikal di hospital akibat penderaan kejam itu.

Susulan daripada itu, Hazmi disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang mengetuai barisan hakim yang lain telah sebulat suara menolak rayuan tertuduh dan mengekalkan hukuman mati terhadap Hazmi.