Desas desus Pas sertai Kerajaan Perpaduan semakin bertiup kencang

Desas desus Pas sertai Kerajaan Perpaduan semakin bertiup kencang

 

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan akan menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan seperti dilaporkan oleh sebuah media tempatan baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa Pas menghormati dan berpegang teguh dengan permuafakatan politik bersama rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

“Pas menolak pelawaan menjadi komponen Kerajaan Masanu dengan asas istiqamah bersetia kawan serta tidak akan mengkhianati janji kepada pengundi PAS-PN.

“Pas tidak akan bergabung dengan DAP dan Anwar Ibrahim pasca Pilihan Raya Umum ke-15. Keputusan PRU dan Pilihan Raya Negeri jelas bahawa rakyat bersama Pas dan PN,” katanya dalam kenyataan hari ini, seperti dilapor Kosmo!Online.

Tambah beliau, pelaporan berita tersebut sangat jauh dari konteks ucapannya dalam perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia semalam.

“Saya menyeru agar etika kewartawanan terus dipelihara agar setiap berita itu dilaporkan dengan telus dan tepat,” ujarnya.