Di saat Sanusi fitnah kata macam-macam, Anwar umum beri peruntukan besar bina masjid di Kedah

Di saat Sanusi fitnah kata macam-macam, Anwar umum beri peruntukan besar bina masjid di Kedah

 

Kerajaan Perpaduan prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang di antara semua negeri di negara ini.

Sehubungan itu, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pembinaan Masjid Changlun, Kedah dengan tambahan peruntukan sebanyak RM3.07 juta menjadikan keseluruhan kos pembinaan berjumlah RM5.77 juta.

Projek ini akan dilaksanakan dengan kadar segera sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.

Harus diulangi bahawa Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri demi kepentingan rakyat.

Ini adalah komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menggalas tanggungjawab dengan meletakkan hak rakyat sebagai tunggak utama.

ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri