Di sebalik penafian Hamzah, pemimpin Umno terus dihambat kes mahkamah
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan penyebaran maklumat berhubung initipati Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, bertarikh 4 Mac 2021 melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, segala maklumat yang terkandung dalam sebaran tersebut adalah tidak benar dan palsu.
Selain itu, Ahli Parlimen Larut itu berkata, maklumat yang disebarkan itu tidak mempunyai kaitan sama sekali terhadap mana-mana mesyuarat MPT yang telah berlangsung.
“Sehubungan itu, Bersatu akan membuat laporan polis terhadap penyebaran berita palsu itu bagi menjejaki dalang disebalik penyebarannya dan tidak teragak-agak untuk menggunakan semua lunas perundangan yang ada bagi melindungi kepentingan parti serta ahli Bersatu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
https://t.co/7zHVZTCV8x bulan Jun, Julai?
2.Azmin demand jadi TPM?
3.Ada pendakwaan lebih ‘keras’ untuk pimpinan UMNO?SUA Bersatu Hamzah Zainudin tegaskan kandungan mesej yang tular itu adalah palsu, akan buat laporan polis. Lanjut di @501Awani pic.twitter.com/k8vmaNjxIa
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 6, 2021
Antara kandungan mesej yang tersebar sejak semalam itu, ialah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Ketua-ketua Bahagian Bersatu untuk bersiap sedia dengan Pilihan Raya Umum (PRU) antara Jun dan Julai tahun ini.
Selain itu, ia mendakwa, akan ada pertuduhan yang lebih keras terhadap pimpinan kanan UMNO, dan akan digunakan sebagai ‘rundingan’ untuk melembutkan parti itu.
Penyebaran mesej itu juga mendakwa, pasukan khas akan ditubuhkan untuk memujuk UMNO agar terus bersama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional menjelang PRU akan datang. – AA