“Dia ambil keputusan untuk tidak makan dan bergambar, malah terus balik”, – pembantu Ustaz Wadi Annuar dedah kisah yang berlaku di majlis perkahwinan Janna Nick kelmarin

“Dia ambil keputusan untuk tidak makan dan bergambar, malah terus balik”, – pembantu Ustaz Wadi Annuar dedah kisah yang berlaku di majlis perkahwinan Janna Nick kelmarin

Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar menegaskan bahawa kehadiran beliau ke majlis perkahwinan pelakon, Janna Nick dan aktor, Dini Schatzmann hanyalah sekadar meraikan hukum undangan kenduri kahwin yang mana ia wajib untuk dipenuhi.

Memetik Sinar Harian, selain menerima undangan untuk meraikan pasangan pengantin, dia juga dijemput untuk bacaan doa.

“Pada hari kejadian (10 Jun) saya tiba di majlis tersebut tetapi pengantin masih tidak kelihatan dan kemudiannya kami dibawa untuk duduk di suatu tempat.

“Selepas 10 minit, pengerusi majlis mengumumkan untuk saya membaca doa dan pada ketika itu juga pengantin masih belum tiba,” katanya menerusi satu rakaman video di laman sosial, TikTok, pada Isnin.

Baru-baru ini, media tempatan hangat melaporkan majlis perkahwinan Janna Nick dan aktor, Dini Schatzmann menjadi bualan ramai kerana memiliki konsep persis budaya barat dan perkara yang menjadi perhatian ramai adalah Ustaz Wadi turut dijemput ke majlis tersebut.

Beritahu Wadi atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub, sebaik sahaja melihat pengantin tiba, beliau memaklumkan kepada pembantu peribadi untuk terus pulang tanpa menunggu sehingga ke penghujung majlis.

Jelas Mohamad Wadi Annuar, beliau mengambil keputusan untuk tidak makan dan bergambar.

“Apabila melihat keadaan begitu, saya terus bangun dan memaklumkan kepada tuan rumah untuk balik terlebih dahulu.