“Dia block saya..” – Bekas isteri Aziz M Osman akhirnya buka mulut

“Dia block saya..” – Bekas isteri Aziz M Osman akhirnya buka mulut

 

Bekas isteri Aziz M Osman, Puteri Lily Lokman menjelaskan perpisahan adalah jalan terbaik demi ketenangan semua pihak termasuk anak-anak.

Puteri Lily berkata, dia tidak menafikan perceraian menjadi fasa terendah dalam hidup mereka dan bukan mudah untuk dibuat.

“Tiada orang yang inginkan perceraian. Kalau berlaku perceraian itu akan menjadi fasa terendah dalam hidup mereka.

“Bila tiada sefahaman, lebih baik berpisah secara baik. Mungkin kami berdua gagal sebagai pasangan hidup, namun sebagai kawan insya-Allah kami baik.

“Ini (cerai) adalah keputusan terbaik untuk anak-anak juga. Kalau ibu bapa ada konflik itu tidak bagus untuk anak-anak.

“Apabila sudah bercerai, alhamdulillah kami rasa tenang. Anak pun okay. Anak-anak juga dilihat sangat berlapang dada menerima keputusan ini,” katanya.

Dalam masa sama, Puteri Lily yang juga penerbit berkata, dia sudah berusaha yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 13 tahun lalu.

“Bila hidup ini rasa sudah sampai ke hadnya dan sudah berusaha buat yang terbaik, rasa sudah tak nampak jalan untuk selesaikan lagi. Saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal barulah kami teruskan untuk bercerai,” katanya.

Puteri Lily berkata, selebihnya dia tidak boleh berkongsi kepada umum dan dugaan itu mematangkannya.

“Tempoh 13 tahun sebenarnya agak lama untuk kami bertahan, ia bukan mudah juga sebenarnya. Alhamdulillah, Allah permudahkan sampai di sini,” tambahnya.

Malah mereka sempat meluangkan masa keluar makan bersama anak-anak selain bergurau mengenai tindakan Aziz, 61, menyekat akaun Instagram Puteri Lily sebelum ini.

Puteri Lily memberitahu dia tidak boleh membuat pautan (tag) bekas suaminya dalam hantaran dibuat dan secara bergurau mendesak Aziz membuka semula sekatan tersebut.

“Tak boleh nak tag sebab kena block. Nak suruh Aziz unblock semula. Berani dia block saya,” tulisnya di Instagram miliknya.

Aziz kemudiannya memberikan telefonnya kepada bekas isterinya untuk membuka semula sekatan yang dibuat sebelum ini.

Namun Aziz memberi amaran akan menyekat semula akaun Puteri Lily sekiranya dia membuat hantaran berbaur pelik selepas ini.

“Awak post merepak je, saya block semula la,” balas Aziz.

Mereka juga dilihat masih mesra menikmati makanan Jepun di sebuah restoran.

Untuk rekod, Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Azzahra, 11 dan Putera Mohamad Aryan, 5 tahun.

Sebelum ini, Aziz pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pelakon Nor Aliah Lee pada 1992 sebelum bercerai pada 2007.

Hasil perkahwinan itu, Aziz dan Aliah dikurniakan enam orang cahaya mata.

Selepas bercerai dengan Aliah, Aziz bertemu jodoh dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008 namun perkahwinan itu tidak sah kerana wanita itu masih dalam tempoh edah.