“Dia yang curang sebab itu saya pukul” – View Chin nafi tuduhan dari isteri, akui Mira tak bersalah

“Dia yang curang sebab itu saya pukul” – View Chin nafi tuduhan dari isteri, akui Mira tak bersalah

Sejak beberapa hari lalu, nama View Chin menjadi topik bualan hangat di kalangan netizen dalam media sosial, susulan berlaku curang terhadap isteri, Ah Moi.

Lagi membuat kes curang ini mendapat perhatian hebat kerana isteri mendedahkan View Chin curang bersama staf yang sering melakukan live bersama dengannya iaitu Mira.

Sedar diri dikecam teruk, influencer tersebut telah membuat sidang media bersama China Press untuk perjelaskan hal sebenar.

Menurutnya dalam sesi temubual bersama pihak media itu, Ah Moi memulakan segala kemelut yang berlaku dalam rumah tangga mereka dengan berlaku curang dengan lelaki lain terhadap dirinya.

Kata View Chin, ketika musim PKP, dia menjumpai satu mesej dihantar oleh seorang lelaki kepada isteri yang mencurigakan dan apabila bertanya kepada Ah Moi, wanita itu enggan mengaku, lalu memaafkannya kerana tidak mahu memanjangkan cerita.

Bagaimanapun, pada 1 Ogos 2022, View Chin dikejutkan dengan satu hal apabila seorang lelaki memberi ucapan hari jadi kepada isteri dengan nada manja dan disebabkan sudah ‘kantoi’, Ah Moi mengakui ada lelaki lain kerana suami terlalu sibuk dengan perniagaan.

Sewaktu ditemubual, View Chin tidak dapat menahan sebak apabila memikirkan perbuatan isteri yang sanggup mengkhianatinya serta anak-anak biarpun selama ini dia cuba sedaya upaya bekerja keras demi menyara keluarga.