Diabai 12 anak, siap tukar ‘simcard’ tak mahu ibu ‘contact’

Diabai 12 anak, siap tukar ‘simcard’ tak mahu ibu ‘contact’

 

Perkongsian seorang pemandu e-hailing di Facebook baru-baru ini tentang seorang ibu yang hidup sendirian meruntun hati dan mengundang sebak ramai warganet.

Menerusi hantaran itu, dia mendedahkan makcik tersebut merupakan seorang ibu tunggal dan memiliki 12 orang namun dibiarkan hidup seperti sebatang kara.

Semuanya sudah berumah tangga dan kebanyakan tinggal berjauhan namun apa yang lebih menyedihkan, tiga daripada anaknya sudah membuang warga emas ini dari hidup mereka.

makcik

Tidak lagi mahu menegur malah seperti menganggap ibu mereka sudah tidak wujud lagi. Saban tahun makcik ini menunggu anak-anaknya pulang menjenguk, setiap tahun menangis.

Bukan makcik mau duit dorang, cuma nak dengar khabar. Sampaikan dorang tukar simcard supaya makcik tak dapat hubungi lagi.”

Meskipun diperlakukan begitu, makcik itu berkata dia tetap mendoakan anak-anaknya agar suatu hari nanti keluarga mereka dapat berkumpul.