“Diam! Kau Kenapa!!” – Tular video pengasuh dera anak-anak asuhan yang tak berhenti menangis

“Diam! Kau Kenapa!!” – Tular video pengasuh dera anak-anak asuhan yang tak berhenti menangis

 

Tular di media video pengasuh menganiaya bayi baru lahir yang dipercayai tidak tahan mendengar suara tangisannya, ketika waktu tidur.

Berdasarkan video, pengasuh itu mengangkat pada ketinggian sederhana sebelum dilepaskan/dihempas beberapa kali kerana geram dengan mangsa yang menangis berterusan.

Dalam video kedua pula, kepala mangsa ditepuk berkali-kali sambil diherdik agar berhenti menangis. Malah pengasuh itu turut meniup muka mangsa tanpa dikenal pasti tujuan. Namun perbuatannya itu membuatkan mangsa tidak berhenti menangis.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Mutiara Rini, Johor dan perakam video meminta sumber menyebarkan video tersebut kerana tidak berani membuat laporan polis.

“Dapat video ini daripada group taman rumah. Diorang suruh sebarkan sebab tukang record tak berani report polis.

“Ya Allah, dihempas-hempas macam tu je baby tu. Speechless sebab pernah call taska ini masa nak hantar anak dulu.

“Tolonglah kalau jenis baran, tak reti sabar dan berjiwa syaitan, tolong jangan buka taksa atau jadi cikgu taska. Pergilah cari rezeki cara lain,” katanya.

Di media sosial, netizen bengang melihat tindakan pengasuh itu dan menggesa pihak berkuasa segera menyiasat dan menahan pengasuh terbabit, sebelum lebih ramai lagi kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsanya.

“Ya Allah, sebab inilah aku takut nak hantar anak kat pengasuh. Biarlah aku tak kerja dan jadi suri rumahje. Kalau kerja pun tak tenang fikirkan anak,” komen Eiyka.

“Woi gemok! Kalau kau ni memang tak penyabar menjaga budak, baik kau duduk je dekat neraka jahanam! Suka hati kau je buat anak orang macam tu eh!” komen Nasha.

“Ya Allah mendidih darah tengok video ni! Kalau dah tahu tak ada sifat penyabar, tolonglah jangan kerja bidang ni. Kesian anak-anak,” komen Syahira.