Diana Danielle dakwa Farid Kamil nak jaga air muka saja, dedah anak perempuan alami trauma

Diana Danielle dakwa Farid Kamil nak jaga air muka saja, dedah anak perempuan alami trauma

Kemelut rumah tangga antara Farid Kamil dan juga Diana Danielle sememangnya manjadi perhatian umum apabila pelakon Imaginur itu menfailkan penceraian terhadap suaminya.

Pagi tadi, bermulanya proses perbincangan bersama Jawatankuasa Pendamaian (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Menerusi temubual bersama Farid, aktor tersebut mendakwa isterinya ‘kantoi’ ada ‘orang ketiga’ yang mencucuk mereka supaya bercerai.

Nafi ada ‘orang ketiga’

Namun perkara berkenaan dinafikan oleh Diana dalam temubual selepas keluar dari mahkamah. Memetik video temubual yang dikongsi Utusan Malaysia, pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson mendakwa yang Farid bukannya mahu menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi hanya ingin menjaga air mukanya.

Anak kedua alami trauma

Tambahnya lagi, tindakan aktor tersebut membawa bunga dan cincin sebagai tanda pendamaian tiada makna, kerana jika dia mahu melakukan perkara sebegitu, mengapa tidak pada 8 tahun lepas setelah cincin perkahwinannya hilang.

Dia yang kurang memberikan komen berhubung rumah tangganya hanya menjawab dengan senyuman dan soalan berkaitan anak-anak.

Ujar Diana ringkas, anak keduanya, Nur Aurora mengalami trauma tanpa menjelaskan sebab utama.

“Aurora trauma,” tutur Diana.

 

Terdahulu, Farid Kamil telah hadir ke mahkamah dengan membawa bunga dan cincin sebagai salah satu cara untuk memujuk isterinya.

Dia mengatakan inisiatif tersebut sebagai salah satu usaha untuk menyelamatkan rumah tangga kerana enggan bercerai dengan Diana.

Untuk rekod, Diana dan Farid Kamil telah bernikah pada November 2012. Hasil perkongsian tersebut, mereka dikurniakan sepasangan cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.