Diarah keluar dewan, Kasthuri Patto terus jadi mangsa ‘buli’ Speaker Parlimen

Diarah keluar dewan, Kasthuri Patto terus jadi mangsa ‘buli’ Speaker Parlimen

Timbalan Speaker Rashid Hasnon mengusir Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) dari Dewan Rakyat selepas menolak perintah berkaitan penjelasan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).

Memetik laporan FMT, Kasthuri secara berterusan menentang Rashid selepas beliau memutuskan bahawa dakwaan Tajuddin menggunakan kata-kata kasar di Dewan Rakyat tidak direkodkan dalam Hansard Parlimen.

Rashid memberi tiga amaran kepada Kasthuri sebelum mengarahkannya keluar.

Rabu lalu Dewan Rakyat dilaporkan kecoh apabila Tajuddin berang digelar gemar mengeluarkan kenyataan berunsur seksis oleh seorang wakil rakyat DAP.

Beliau menyifatkan kenyataan Teo Nie Ching (PH-Kulai) minggu lalu sebagai tidak senonoh.

Kasthuri kemudian menyerahkan surat kepada Rashid meminta tindakan diambil terhadap Tajuddin atas kelakuannya.

Selain itu, Kasthuri turut mendakwa Tajuddin menggunakan kata-kata kasar apabila mikrofonnya ditutup.