Dibunuh kejam gara-gara menolak ajakan teman lelaki untuk berzina

Dibunuh kejam gara-gara menolak ajakan teman lelaki untuk berzina

Seorang wanita berusia 42 tahun di Desa Cijoho, Kabupaten Kuningan, Jawa Barat, Indonesia dilaporkan maut selepas dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya yang berusia 19 tahun pada Jumaat lalu (18/3/2022).

Memetik laporan media tempatan, mangsa yang dikenali sebagai Neng Enci ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik sewanya. Selepas lima hari insiden tersebut berlaku, pihak polis telah menahan teman lelakinya, FN yang berusia 19 tahun di Daerah Lebakwangi, Indonesia.

Sebelum insiden tersebut berlaku pasangan ini sempat melakukan hubungan seks namun mangsa dikatakan menolak pelawaan suspek untuk ‘pusingan’ yang kedua.

Sempat dera mangsa

Bercerita lebih lanjut, penduduk kampung terdengar jeritan suara wanita pada jam 7 malam (waktu tempatan) sebelum mereka bertindak ke rumah mangsa bagi mengenal pasti apa yang telah terjadi. Hasil pembedahan mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas berikutan ditekap oleh suspek.

Bukan itu sahaja, suspek dipercayai turut mendera mangsa terlebih dahulu sebelum bertindak kejam dengan membunuhnya.

Ya, di sekeliling bola mata mangsa ada kesan merah, kemudian dari dalam mulut diketahui ada luka juga.

Difahamkan pasangan ini mula berkenalan antara satu sama lain menerusi aplikasi atas talian dan baru sahaja kenal dalam tempoh dua minggu.