Didakwa cuba ‘sondol’ suami Bella Astillah, media sosial Sophia AlBarakbah kena serang dengan netizen
Nama pelakon meningkat naik, Sophia AlBarakbah secara tiba-tiba menjadi perhatian netizen apabila dia didakwa sebgai ‘wanita penyondol‘ yang cuba untuk mendekati suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah iaitu Aliff Aziz.
Susulan itu, menurut laporan Kosmo, netizen telah menyerang akaun TikTok dan Instagram Sophia dengan memberi amaran supaya jangan menganggu rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Bukan itu sahaja, dakwaan itu menjadi lebih kuat apabila Bella memaklumkan pelakon wanita yang berani mengakui dia sudah tersuka dengan suaminya itu adalah seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya dalam sebuah drama, baru-baru ini.
Netizen nasihat jauhkan diri!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat menitipkan nasihat buat pelakon yang berusia 29 tahun itu supaya membatalkan niatnya untuk menganggu suami orang lain bagi menggelakkan sebarang masalah boleh berlaku.
Ramai lagi lelaki bujang yang sesuai dengan Sophia
Malah, netizen turut berpendapat Sophia yang masih muda dan memiliki wajah yang jelita boleh menemui seseorang lelaki bujang yang jauh lebih baik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.
Dalam pada itu, usaha untuk menghubungi dan menghantar mesej kepada Sophia untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu ini namun, ia tidak membuahkan hasil.
Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan terdapat pelakon wanita jelita yang cuba mendekati Aliff Aziz malah, mengakui sudah mempunyai perasaan cinta terhadap suaminya.