Didakwa ‘curi’ air pili bomba, ahli parlimen PAS bakal disiasat

Didakwa ‘curi’ air pili bomba, ahli parlimen PAS bakal disiasat

 

Satu berita tular di media sosial mengenai Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dikatakan menyalahgunakan pili bomba bagi mendapatkan bekalan air kepada penduduk.

Tindakan tidak wajar itu telah mendapat perhatian ramai netizen termasuk juga Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Guna pili bomba

pili bomba

Menteri KPKT, Nga Kor Ming memberitahu pihak mereka akan membuat siasatan terperinci kepada ahli pembangkang itu dan tindakan undang-undang bakal diambil sekiranya didapati bersalah.

Sumber air dari pili bomba digunakan bagi memadam kebakaran bukan digunakan sebagai bekalan air untuk kegunaan seharian.

Jika semua orang pakai air pili bomba, jika berlaku kebakaran macam mana? Ini sebenarnya tidak patut berlaku.

Sebelum ini, Siti Zailah atau Kak Lah didakwa menggunakan pam penyedut bagi mengambil air dari pili bomba dan mengagihkan kepada penduduk setempat atas dana nama sendiri.

Tindakan Siti Zailah itu dikecam pengguna Twitter yang membidas tindakan ahli Parlimen itu yang dianggap tidak wajar dilakukan.