Didakwa jadi punca Syamsul Yusof berubah sikap, kenalan rapat tampil buka mulut
Kenyataan daripada kedua-dua pihak telah dikeluarkan, netizen kini berdoa agar Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dapat menamatkan sengketa mereka dengan keputusan terbaik.
Pada semalam, wanita berkenaan secara terbuka meminta Syamsul ‘lepaskannya’ lantaran kecewa dimadukan secata tidak wajar.
Saya tak terima cara dimadukan yang tidak mengikut syariat sebenar
Hingga kini, posting pelakon drama ‘Tanggang Langgang’ ini menerima lebih 14,000 komen kata-kata semangat selain mendoakan ketabahan hatinya.
Akan tetapi, kemunculan seorang individu bernama Aryan mendedahkan fakta lain tentang pasangan mempelai baru itu bagai mengeruhkan keadaan sedia ada.
Kau makan duit Syamsul, rosakkan hidup Syamsul & keluarga, lepas tu diam
Membuka semula kisah lama, Aryan (dipercayai kru produksi) dakwa pernah saksikan situasi tegang pertemuan antara Kazar Saisi, Ira Kazar dan Syamsul Yusof di set shooting Mat Kilau.
Tidak ketinggalan, dia juga memetik nama kenalan terdekat Syamsul iaitu Abang Fadhil Haniff yang dikatakan menjadi punca pengarah itu berubah sikap.
Tidak berdiam diri, Abang Fadhil dilihat begitu terkejut dengan fitnah melampau yang dilemparkan oleh individu bernama Aryan itu.
Sempat memohon maaf kepada Puteri Sarah, lelaki ini menegaskan sekeras-kerasnya bahawa dirinya tiada kaitan langsung dengan kemelut perkahwinan mereka semua.