Didakwa kritik adik Neelofa tayang baju dalam merah, suami Yana Samsudin kena ‘sekolah’ dengan netizen

Didakwa kritik adik Neelofa tayang baju dalam merah, suami Yana Samsudin kena ‘sekolah’ dengan netizen

 

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial berhubung tindakan adik selebriti popular, Noor Neelofa iaitu pempengaruh Ameera Khan yang telah menayang ‘bikini’ di Instagram.

Perkongsian Ameera meraih pelbagai respons netizen yang mempersoalkan tujuannya memuat naik pakaian renang berwarna merah menjolok mata.

Turut mencuri tumpuan adalah komen yang ditinggalkan pelakon Fadzil Zahari di salah sebuah portal hiburan ekoran berita mengenai Ameera itu.

“Iman tak dapat diwarisi,” tulisnya di ruangan komen tersebut.

Susulan itu, rata-rata netizen sebaliknya membidas komen tersebut serta memetik zaman-zaman jahiliah atau seksi isteri Fadzil iaitu pelakon, Yana Samsudin.

Bagaimanapun, adik kepada aktor sensasi Farid Kamil ini menjelaskan niatnya hanyalah mahu menyanyi lagu daripada kumpulan nasyid terkenal, Raihan bertajuk Iman Mutiara.