Didakwa minum arak dengan suami baru, Bunga Citra Lestari ditegur penerbit terkenal

Didakwa minum arak dengan suami baru, Bunga Citra Lestari ditegur penerbit terkenal

Di sebalik kemeriahan majlis pernikahan penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari (BCL) yang sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana di Resort Amankila, Bali, Indonesia petang Sabtu lalu.

Tular pula satu video yang memaparkan BCL bersama suami sedang ‘berpesta sakan’ dan didakwa minum minuman keras pada malam selepas majlis pernikahan mereka.

Tegur BCL ‘Pesta Sakan’ Dengan Suami?

Isu berkenaan turut mendapat respon oleh penerbit, David Teo yang memberikan teguran untuk tidak lalai dengan hiburan yang pasti terselit keburukannya.

“Bersuka ria selepas majlis pernikahan pasti ada sebabnya.

Tapi janganlah lalai dengan hiburan yang pasti ada terselitnya keburukan. Masih ada peluang untuk jadi yang lebih baik.”-tulis David Teo di Instagram

“Bagus Teguran Ingatan David Teo…”

Rata-rata netizen dilihat memberikan reaksi mereka terhadap hantaran David, malah ada yang rasa ‘sebak’ apabila individu bukan Muslim yang tampil memberikan teguran sedemikian terhadap individu Muslim.

“MasyaAllah, rasa tertampar dengan kapsyen Datuk. Malu kami orang orang Islam. Moga Allah hadiahkan Datuk hidayah Islam.”

“Allahuakbar. Ya Allah ampunkan dosa kami. Arak tu haram.”

“Bagus teguran ingatan David Teo, sesuatu yang memalukan waima beliau adalah Indonesian yang kadang itu sukar dan pelik fahaman dan anutannya walau katanya Islam agamaku.”

“Malu je dapat nasihat dari non- Muslim.”

“Saya tertampar rasa nya bila non- Muslim lebih Muslim dari yang Muslim.”